• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Nextgreen, IOI Corp Jangka Jana Pendapatan RM300 Juta Dari Kilang Pulpa Kertas Baharu

in Catalyst
A A
Nextgreen, IOI Corp Jangka Jana Pendapatan RM300 Juta Dari Kilang Pulpa Kertas Baharu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Nextgreen Global Bhd (NGGB) dan IOI Corp Bhd menjangkakan kemudahan pengeluaran pulpa kertas baharu mereka di Pekan, Pahang, menjana pendapatan RM300 juta pada tahun pertama operasi, yang dijangka beroperasi menjelang 2026.

NGGB, pengeluar pulpa dan kertas, serta IOI Paper Pulp Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung IOI, menandatangani perjanjian pemegang saham (SA) hari ini untuk membangunkan kilang pulpa kertas sifar sisa yang berskala besar pertama di Malaysia di kawasan seluas 165.92 hektar di Taman Teknologi Hijau di Pekan dengan anggaran kos sebanyak RM600 juta.

Dalam satu kenyataan bersama, NGGB dan IOI berkata SA memerlukan pembentukan syarikat sendirian berhad iaitu Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), yang mana 55 peratus akan dipegang oleh NGGB manakala bakinya oleh IOI.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Objektif kerjasama ini adalah untuk memastikan sisa-sisa pertanian seperti tandan buah kosong (EFB) kelapa sawit, sisa hasil sampingan biojisim daripada industri kelapa sawit yang lazimnya tidak digunakan, diubah menjadi produk hijau dan mampan seperti kertas bebas kayu, kertas tisu, kertas pembungkusan premium dan pembungkusan acuan pulpa,” kata kenyataan itu.

Pengarah Urusan NGGB Datuk Lim Thiam Huat berkata NIP akan membangunkan dan mengendalikan kemudahan pengeluaran pulpa kertas, yang akan mempunyai kapasiti awal sebanyak 100,000 tan setahun bagi pulpa peluntur kimia yang diperbuat daripada EFB kelapa sawit menggunakan teknologi pulpa mekanikal berpeluntur kimia boleh kitar semula bertapis dengan pemprasuaian berpaten NGGB.

“Fasa pembangunan ini akan berlangsung dalam tempoh 18 hingga 24 bulan akan datang, dan kedua-dua pemegang saham akan menggabungkan kekuatan teras perniagaan mereka untuk membina masa depan ekonomi yang mampan dan mesra alam,” katanya pada sidang akhbar sempena SA berkenaan.

Lim juga menjelaskan bahawa NIP telah menerima surat hasrat daripada Marubeni Corp yang berpangkalan di Jepun untuk membeli pulpa yang dihasilkan daripada EFB.

“Pada masa yang sama, ia tidak mengehadkan kami untuk pergi lebih jauh seperti ke China,” katanya.

Lim berkata dengan mengguna pakai konsep sisa kepada nilai, proses sisa sifar bersepadu bio ini memastikan produk sampingan daripada setiap bahagian proses pengeluaran pulpa digunakan sepenuhnya melalui penukaran kepada produk hijau dan tenaga boleh diperbaharui dalam sistem gelung tertutup. 

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Datuk Lee Yeow Chor berkata kedua-dua syarikat telah lama menyifatkan penggunaan biojisim berasaskan sawit untuk aplikasi nilai tambah sebagai aktiviti penting dalam ekonomi pekeliling.

— BERNAMA

Tags: IOILee Yeow ChorLim Thiam HuatNextgreenpengeluaran pulpaperjanjian pemegang saham
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In