• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bekas Speaker DUN Terengganu Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah GPB

in Catalyst
A A
Bekas Speaker DUN Terengganu Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah GPB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA TERENGGANU, 2 April (Bernama) — Bekas speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Golden Pharos Bhd (GPB) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Roslan Mamat berkata pihaknya yakin Yahaya bersama  ahli-ahli lembaga pengarah yang dilantik akan membantu melonjakkan lagi prestasi anak syarikat berkaitan kerajaan Terengganu yang terlibat dalam industri perkayuan itu, secara bersepadu.

Beliau berkata pelantikan Yahaya yang diumumkan dalam kenyataan Bursa Malaysia semalam bagi menggantikan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar yang memegang jawatan tersebut sejak 1 Ogos  2018.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Lima orang ahli Lembaga pengarah yang lama kekal menjadi ahli manakala tiga ahli baharu telah  dilantik termasuk bekas ketua pegawai eksekutif, Dr Mohd Zaki Hamzah,” kata Mohd Roslan dalam  kenyataan hari ini.

Sementara itu, bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Datuk Dr Yahya Ibrahim juga dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah GPB yang baharu bagi menggantikan Mohd Badarudin Ismail yang turut meletakkan jawatan.

“Syarikat mengalu-alukan lantikan baharu ini dan mengharapkan agar mereka dapat membawa syarikat ke arah hala tuju yang lebih baik dan berdaya saing, sesuai dengan kedudukan syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar hala tuju syarikat dapat dipandu oleh Yahya yang berpengalaman  luas dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam.

Rombakan ahli lembaga pengarah syarikat itu juga merupakan salah satu daripada  proses penstrukturan semula, selari dengan polisi kerajaan negeri yang baharu, katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Hassan serta ahli lembaga pengarah  yang lain di atas jasa dan sumbangan mereka dalam memajukan syarikat.

— BERNAMA

Tags: anak syarikatGolden PharosGPBnegeripelantikansyarikatTerengganuYahaya Ali
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In