MKH Oil Palm (East Kalimantan) Berhad merupakan IPO yang terbaharu dan boleh dipohon oleh para pelabur. Pada 29 Mac 2024, MKH Oil Palm telah melancarkan prospektusnya di Kuala Lumpur dan juga mengadakan sidang media untuk para penganalisa dan pengurus dana di sebelah petang.
Sebelum itu, Nak Buka Akaun CDS Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Mudah Ini
Jika anda sudah mempunyai akaun CGS International, anda bolehlah memohon IPO ini melalui CGSI eIPO.
Sumber: CGSI eIPO
Sebelum anda memohon IPO ini, mari kami kongsikan 10 perkara anda perlu tahu mengenai IPO ini.
1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan
Tahukah anda MKH Oil Palm Berhad merupakan salah satu anak syarikat MKH Berhad dan MKH Berhad turut disenaraikan di Bursa Malaysia?
MKH Oil Palm Berhad ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan perniagaan paling terkini yang ditambah dalam portfolio syarikat. Perniagaan yang dijalankan adalah penanaman kelapa sawit dan pengeluaran serta penjualan minyak sawit mentah dan isirong sawit.
Perniagaan MKH Oil Palm dijalankan sepenuhnya di Kalimantan, Indonesia kerana dua estet kelapa sawitnya terletaknya di situ serta diuruskan oleh anak syarikatnya di Indonesia iaitu PT Maju Kalimantan Hadapan dan PT Sawit Prima Sakti.
MKH Oil Palm Berhad fokus terhadap aktiviti upstream. Pasaran utamanya adalah negara Indonesia itu sendiri.
2. Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 62 sen seunit ini adalah bermula dari 29 Mac 2024 dan ditutup pada 16 April 2024. Rasanya masa yang panjang ini mencukupi bagi anda untuk membuat keputusan.
Tarikh cabut undi pula adalah 19 April 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 26 April 2024. MKH Oil Palm bakal disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 30 April 2024.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
Penyenaraian itu membabitkan terbitan awam sebanyak 220 juta saham baharu, mewakili 21.5 peratus daripada modal saham diperbesar kumpulan sebanyak 1.02 bilion saham. Daripada 220 juta saham baharu yang akan diterbitkan, 51.2 juta saham baharu, mewakili 5.0 peratus daripada modal saham diperbesar akan dibuka untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui undian.
Dalam pada itu, 168.8 juta saham baharu, atau 16.5 peratus daripada modal saham diperbesar akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian.
4. Kegunaan Dana IPO
Daripada RM136.4 juta yang bakal diraih melalui IPO ini kelak, dana tersebut akan digunakan untuk 9 perkara.
- Membeli tanah untuk ladang kelapa sawit di wilayah Kalimantan Timur
- Perbelanjaan modal bagi tanah sedia ada
- Mewujudkan kemudahan penghancuran sawit bagi mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat
- Membaik pulih dan atau menyelenggara kilang kelapa sawit sedia ada
- Membaik pulih dan membina tempat tinggal pekerja
- Meluaskan capaian bekalan elektrik
- Membayar balik pinjaman
- Modal pusingan
- Menampung kos perbelanjaan penyenaraian
5. Segmen Pendapatan
Pendapatan MKH Oil Palm diperoleh terutamanya dari penjualan minyak sawit mentah (CPO) di Indonesia. Jika dibuat perbandingan di antara minyak sawit mentah dan isirong kelapa sawit (RK), pendapatan dari CPO dilihat meningkat sejak dari tahun 2020 sehingga 2023.
Bagi tahun 2023 sahaja, 91.7% pendapatan MKH Oil Palm datangnya dari segmen CPO.
6. Pendapatan Syarikat Terkini
Pendapatan MKH Oil Palm meningkat dengan baik dari tahun 2020 sehingga 2023. Walaubagaimanapun margin keuntungan selepas cukai 2023 merosot sekiranya dibandingkan dengan tahun 2022.
7. Kelebihan MKH Oil Palm Berhad
- Ladang dimiliki MKH Oil Palm terletak di sekitar ibu kota baru Indonesia iaitu Nusantara di Kalimantan Timur
- Ladang terletak di sepanjang khatulistiwa dengan paras hujan dan cahaya matahari yang mencukupi
- 94.9% pokok sawit dalam peringkat matang
- Mengadaptasi teknologi untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti tanaman
- Mendapat sokongan yang kuat dari Kerajaan Indonesia dan pihak berkuasa tempatan
- Memastikan prinsip ESG terdapat dalam semua aspek operasi
8. Penilaian Syarikat
Berdasarkan keuntungan selepas cukai tahun 2023, nisbah PE yang diberikan adalah 20.3x. Jika dibandingkan dengan syarikat perladangan yang telah tersenarai di Bursa Malaysia, nilai PE 20.3x mungkin sedikit tinggi.
9. Polisi Dividen Syarikat
Dalam prospektus MKH Oil Palm, pihak syarikat menyatakan bakal mengagihkan sekurang-kurangnya 50% dari keuntungan bersih selepas cukai tahunan kepada para pemegang saham.
10. Status Syariah
IPO MKH Oil Palm Berhad berstatus patuh syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)