• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Johor Plantations Dapat Kelulusan SC Untuk Penyenaraian Di Pasaran Utama Bursa Malaysia

in Saham
A A
Johor Plantations Dapat Kelulusan SC Untuk Penyenaraian Di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Syarikat perladangan kelapa sawit huluan itu berkata tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan sehingga 875.0 juta saham akan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 464.0 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan sehingga 411.0 juta saham sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata daripada 875.0 juta saham, sehingga 485.0 juta saham akan disediakan kepada rakyat Malaysia dan institusi asing manakala 312.5 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sebanyak 50.0 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh rakyat Malaysia menerusi pengundian manakala baki 27.5 juta saham akan diperuntukkan untuk orang yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan JPG.

Pengarah Urusan JPG, Mohd Faris Adli Shukery berkata susulan kelulusan untuk pelaksanaan penyenaraian berkenaan, syarikat itu sudah bersedia untuk berkembang ke segmen hiliran perniagaan perladangan dan mempelbagaikan tawaran produknya untuk memasukkan minyak dan lemak khusus untuk pengeluaran makanan.

Beliau berkata langkah strategik itu akan meningkatkan kedudukannya sebagai pengeluar kelapa sawit bersepadu sepenuhnya dan menjana hasil tambahan merentas keseluruhan rantaian nilai serta menjana nilai pemegang saham yang positif, mencerminkan komitmennya terhadap penciptaan kekayaan jangka panjang untuk pelabur.

“Justeru, JPG akan menggunakan sebahagian daripada hasil IPO kami secara strategik untuk membina kompleks minyak sawit mampan bersepadu dan pada masa sama memastikan kesinambungan perniagaan melalui strategi penanaman semula yang berdisiplin.

“Berdasarkan kepada rekod prestasi kami yang bereputasi dan model perniagaan bersepadu mantap, kami yakin dengan trajektori pertumbuhan masa depan kami dan akan kekal teguh dalam komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan serta mematuhi amalan perladangan yang mampan,” kata Mohd Faris dalam kenyataan itu.

RHB Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penyelaras global bersama, penyelaras bersama, penaja jamin pengurusan, dan penaja jamin bersama untuk pelaksanaan IPO ini.

Sementara itu, AmInvestment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd ialah penyelaras global bersama, penyelaras bersama dan penaja jamin bersama; CLSA Singapore Pte Ltd dan CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd pula adalah penyelaras global bersama dan penyelaras bersama; manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd adalah penyelaras bersama dan penaja jamin bersama.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOJPGkelulusanpenyenaraianSC
Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In