• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Betamek Beli Pembuat Elektrik Auto Sanshin Pada RM13.4 juta

in Catalyst
A A
Betamek Beli Pembuat Elektrik Auto Sanshin Pada RM13.4 juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Betamek Bhd membeli Sanshin (Malaysia) Sdn Bhd pada RM13.4 juta.

Sanshin ialah peserta terkemuka dalam sektor pembuatan elektronik automotif  di samping terkenal dengan kepakarannya dalam pembuatan audio kereta dan komponen elektronik lain, bagi pasaran Malaysia, Jepun, Hong Kong dan Thailand.

Dalam kenyataan pada Isnin, Betamek menjelaskan pihaknya menandatangani perjanjian pembelian saham pada Jumaat 29 Mac, 2024 dengan Outsourcing Inc., syarikat senaraian awam di Bursa Saham Tokyo.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Perjanjian yang dimeterai di Jepun itu menjamin Betamek bagi 100.0 peratus kepentingan ekuiti dalam Sanshin.

Pengarah Eksekutif Betamek Muhammad Fauzi Abd Ghani berkata pengambilalihan itu membuktikan visi strategik Betamek untuk menerajui dan melaksanakan pembaharuan dalam industri elektronik automotif.

“Melalui langkah menyepadukan kepakaran dan pasaran Sanshin, usaha ini menetapkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan dan memacu evolusi elektronik automotif dalam keadaan pasaran yang berkembang maju, seperti ditunjukkan menerusi jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia yang mengagumkan,” katanya.

Pembelian itu dinilai pada gandaan harga kepada keuntungan sebanyak 10.0 kali, berdasarkan keuntungan selepas cukai yang diaudit berjumlah RM1.3 juta bagi Sanshin, mencerminkan nilai strategik dan kedudukan kewangan yang positif bagi entiti yang dibeli.

Sanshin juga akan menjadi anak syarikat milik penuh Betamek menerusi langkah itu sekali gus memperluas asas pelanggan Betamek dan memperkukuh kehadiran pasarannya. 

Betamek memaklumkan bahawa pelanggan yang meningkat dan pelbagai penawaran produk yang lebih menyeluruh mengukuhkan kelebihan daya saingnya dan kedudukan dalam industri.

— BERNAMA

Tags: BetamekEMSSanshinTIV
Share260ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In