• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, May 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Raya Dah Dekat, Saham Apa Yang Berkaitan?

in Saham
A A
Raya Dah Dekat, Saham Apa Yang Berkaitan?

Gambar hiasan (Sunway Carnival Mall)

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Anda dah terasa bahang hari raya? Rakyat Malaysia tidak kiralah kaum apa pun, kita semua suka pada perayaan contohnya seperti Hari Raya Aidilfitri. Pada masa ini, orang ramai akan mengambil peluang untuk menziarahi ahli keluarga dan rakan-rakan. Tradisi ini sudah lama dipraktikkan bukan sahaja oleh kaum Melayu malah bangsa-bangsa lain di negara ini juga.

Marilah kita berbangga dengan tradisi yang diamalkan.

Namun begitu kami bukan nak cerita tentang Hari Raya sahaja, tapi kami juga nak kongsikan senarai syarikat atau saham yang mendapat tempias dari perayaan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

Antara sektor yang berkaitan sudah tentulah tidak lari dari industri makanan & minuman, pakaian, peruncitan.

Syarikat Tepung

Nak buat kuih raya dan juga biskut raya pastinya memerlukan tepung yang banyak. Syarikat di bawah merupakan syarikat pengeluar tepung di negara ini.

  • Malayan Flour Mills Berhad (MFLOUR) 

MFM adalah perintis dalam industri pengilangan tepung di Malaysia. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, telah merasmikan pembukaan kilang tepung moden bernilai RM40 juta di Lumut, Perak pada 15 Oktober 1966. Semasa ucapan bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian ketika itu; mendiang Dr Lim Swee Aun ada menyatakan kilang tersebut sebagai ‘kebanggaan negara’.

Operasi kilang MFM terletak di Lumut, Perak dan Pasir Gudang, Johor. Dengan dua kilang ini, MFM mempunyai kapasiti pengilangan 1,810 tan gandum sehari. Di luar Malaysia pula, mereka mempunyai kilang di Indonesia dan Vietnam.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham MFLOUR setakat 15 Mac 2024 adalah RM0.640.

Syarikat Gula

  • MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM)

Nak buat kek, biskut, air minuman dan malah di dalam masakan semuanya memerlukan gula. Syarikat gula di Malaysia pula tidak lain tidak bukan ialah MSM Malaysia Holdings Berhad. 

Jenama di bawah tidak asing lagi buat pengguna di Malaysia.

MSM: Gula Prai sugar sourced from Wilmar's sustainability initiative

MSM menghasilkan serta menjual gula yang telah diproses melalui dua anak syarikatnya iaitu MSM Prai Berhad dan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd. Selain itu, MSM juga mempunyai sebuah anak syarikat logistik iaitu MSM Logistics Sdn Bhd.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham MSM setakat 15 Mac 2024 adalah RM2.78.

Syarikat Minuman

  • Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N)

F&NHB mempunyai portfolio 20 jenama yang diminati ramai,yang merupakan pendahulu dalam pelbagai segmen iaitu 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, OYOSHI, F&N Magnolia, FARMHOUSE, F&N ICE MOUNTAIN, F&N Fruit Tree, dan rangkaian Susu Pekat dan Sejat di bawah jenama F&N, TEAPOT, Gold Coin, Cap Junjung, IDEAL dan CARNATION.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham F&N setakat 15 Mac 2024 adalah RM29.62.

  • Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLUDY)

Dutch Lady juga merupakan antara jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pergi sahaja di mana-mana pasar raya pasti akan nampak produk mereka di bahagian susu. Susu yang dijual pula amat berkualiti. Ada yang guna susu Dutch Lady dalam penyediaan masakan?

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham DLADY setakat 15 Mac 2024 adalah RM24.00.

  • Farm Fresh Berhad (FFB) 

Ada sesetengah daripada kita yang nak sokong produk tempatan. Kalau anda salah seorang daripadanya, Farm Fresh merupakan produk tempatan yang juga dibangunkan oleh dua individu tempatan.

Farm Fresh baru sahaja IPO beberapa tahun lepas dan sejak itu mereka tidak menoleh ke belakang lagi. Pelbagai produk baru dihasilkan dan mereka juga mula menerokai industri aiskrim dengan pembelian pegangan dalam syarikat aiskrim Inside Scoop.

Sesetengah orang sudah mula beralih menggunakan produk Farm Fresh dalam masakan dan minuman harian mereka. Ia adalah satu tindakan positif dalam usaha kita untuk sama-sama memberi sokongan kepada produk tempatan.

Sumber: Bursa Marketplace

Setakat 15 Mac 2024, harga saham FFB adalah RM1.43.

Syarikat Pakaian / Fesyen

Apabila tiba hari raya, sudah tentu kita rasa nak beli baju baru lebih-lebih lagi baju Melayu dan baju kurung. Jenama syarikat di bawah pula ada juga menjual banyak pakaian. Sambil-sambil tengok pakaian, ingat juga kedai-kedai di bawah sebenarnya tersenarai di Bursa Malaysia. Mana tahu anda mungkin boleh simpan sedikit duit untuk melabur saham yang berkaitan pula.

  • Padini Holdings (PADINI)

Ditubuhkan oleh Encik Yong Pang Chuan pada tahun 1960-an, kini Padini Holdings Bhd adalah salah sebuah syarikat ‘fashion retailer’ yang terkenal di Malaysia.

Mereka memiliki sejumlah 9 jenama terkenal seperti Padini, Padini Authentic, P&CO, PDI, Brands Outlet, Miki, Vincci dan Vincci Accessories.

Sumber: Bursa Marketplace

Setakat 15 Mac 2024, harga saham Padini adalah RM3.35.

  • Parkson Holdings (PARKSON)

Rasanya semua orang pasti kenal dengan gedung pakaian ini. Kebanyakan pasar raya besar mempunyai Parkson dan di sinilah selalunya memnjadi pilihan orang ramai untuk membeli pakaian baharu. Untuk pengetahuan anda, Parkson juga tersenarai di Bursa Malaysia.

Sumber: Bursa Marketplace

Setakat 15 Mac 2024, harga saham Parkson adalah RM02.50.

  • Aeon Co. (M) Berhad (AEON)

Pasar raya Aeon mungkin lebih besar berbanding Padini dan Parkson kerana Aeon bukan sahaja menjual pakaian tetapi pelbagai barangan lain termasuklah makanan dan minuman, perkakas elektrik, barangan rumah dan banyak lagi.

Sumber: Bursa Marketplace

Setakat 15 Mac 2024, harga saham Aeon adalah RM1.13.

Kesimpulannya, banyak sungguh pilihan saham yang boleh dipilih. Menjelang raya ini, anda bukan sahaja boleh rambang mata memilih baju raya tetapi juga saham berkaitan raya. Mana tahu saham tersebut boleh membuatkan anda raya lebih awal? Pastikan juga pilih saham yang fundamentalnya kukuh.

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Tags: Bursa MalaysiaMflourMSMsaham
Share294ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In