• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin disokong oleh minat belian dalam kebanyakan sektor, kata penganalisis. 

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.39 mata kepada 1,538.46 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.43 mata kepada 1,537.50.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 126 manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,609 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 160.24 juta unit bernilai RM62.56 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka sentimen akan kekal rendah hari ini dengan indeks berada dalam julat 1,530-1,540 walaupun minat belian yang tinggi dilihat dalam sektor kewangan dan telekomunikasi pada Jumaat lepas.

Mengenai pasaran komoditi, Thong berkata minyak sawit mentah (MSM) terus mencatatkan aliran meningkat pada sekitar RM4,200 satu tan sejajar dengan pengukuhan minyak makan lain.

Bagi minyak mentah, minyak mentah Brent ditutup pada US$87 setong dalam persekitaran ekonomi yang lebih baik dan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) dan ramai menjangka harga akan melepasi US$90 setong tidak lama lagi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Telekom Malaysia meningkat 7.0 sen kepada RM6.06, Sime Darby dan IOI Corp, masing-masing menambah 2.0 sen kepada RM2.62 dan RM4.00, Sime Darby Plantation naik 3.0 sen kepada RM4.34 dan Petronas Chemicals Group meningkat 4.0 sen kepada RM6.75.

Bagi saham aktif, Sapura Energy susut setengah sen kepada 4.5 sen, Handal Energy naik 1.5 sen kepada 10 sen, MMAG tidak berubah pada 19 sen dan Sealink meningkat 1.0 sen kepada 20.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.57 mata kepada 11,592.16 dan Indeks FBMT 100 meningkat 19.32 mata kepada 11,237.41 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 20.80 mata kepada 11,664.32.

Indeks FBM 70 naik 38.55 mata kepada 16,272.63 dan Indeks FBM ACE meningkat 8.05 mata kepada 4,905.11.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.54 mata kepada 180.17, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 22.32 mata kepada 17,295.59, Indeks Perladangan meningkat 29.60 mata kepada 7,317.27 dan Indeks Tenaga naik 4.76 mata kepada 957.12.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In