• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Topmix Sasar Kumpul RM25.6 juta Melalui IPO

in Saham
A A
Topmix Sasar Kumpul RM25.6 juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Syarikat produk hiasan permukaan menyeluruh Topmix Bhd, yang membuat kemunculan kali pertama di Pasaran ACE bulan depan, merancang untuk mengumpul RM25.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Berdasarkan harga IPO, 31 sen sesaham dan terbitan saham diperbesarkan sebanyak 393.9 juta saham, permodalan pasaran semasa penyenaraian kumpulan itu adalah kira-kira RM122.1 juta.

Pengarah Urusan Topmix Teo Quek Siang berkata hasil tersebut akan membolehkan kumpulan itu mempercepatkan pelan pengembangannya dan mengukuhkan lagi kehadiran pasarannya dalam industri.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Langkah IPO yang akan datang ini dijangka mengumpul RM25.6 juta, dengan RM11.3 juta diperuntukkan untuk modal kerja am. Sementara itu, RM6 juta disediakan bagi pengembangan perniagaan, pemasaran serta jualan termasuk menubuhkan pejabat jualan baharu dan menambah kapasiti gudang.

“Kumpulan itu juga merancang untuk memperuntukkan RM5.3 juta bagi mengembangkan pemasangan produk papan serpai muka melamin (MFC) dan baki RM3 juta akan dipakai bagi membiayai perbelanjaan penyenaraian,” katanya semasa sidang media selepas pelancaran prospektus syarikat itu di sini hari ini.

Teo berkata dengan dana itu, kumpulan itu juga merancang untuk mengembangkan rangkaian produknya termasuk produk MFC, membolehkan mereka memanfaatkan segmen pelanggan baharu seperti pengeluar produk perabot.

Beliau ketika mengulas mengenai kehadiran kumpulan itu dalam pasaran menjelaskan kumpulan itu merancang untuk menubuhkan pejabat jualan baharu di Pulau Pinang bagi meneroka potensi pasaran di wilayah utara selain mengembangkan kapasiti gudangnya di wilayah tengah untuk memastikan pengedaran produk yang cekap dan masa penghantaran yang lebih cepat.

“Komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, kami tidak sabar bagi memperkenalkan aplikasi mudah alih laminat tekanan tinggi Topmix (Topmix HPL) yang dipertingkatkan. 

“Ia akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti teknologi realiti tambahan dan lawatan maya 360 darjah bilik pameran kami,” kata Teo.

Langkah penyenaraian itu merangkumi terbitan awam sebanyak 82.7 juta saham biasa baharu, mewakili 21 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, serta tawaran untuk penjualan 19.7 juta saham sedia ada atau lima peratus daripada modal sahamnya yang diperbesarkan, melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Daripada 82.7 juta saham baharu, 19.7 juta saham akan disediakan kepada umum melalui undian, 7.9 juta saham kepada pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan Topmix.

Sementara itu, baki 55.1 juta saham dikhaskan kepada pelabur Bumiputera terpilih yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.

M&A Securities Sdn Bhd berfungsi sebagai penasihat utama, penaja, peneraju, pengunderait dan ejen penempatan bagi langkah IPO itu.

Permohonan IPO bermula hari ini dan akan ditutup menjelang 5 petang, 4 April 2024.

— BERNAMA

Tags: IPOpasaran ACETopmix
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In