• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kelington Mulakan Operasi Loji Pengeluaran Karbon Dioksida Cecair Kedua Di Kerteh

in Catalyst
A A
Kelington Rancang Berkembang Ke Pasaran Jerman, Hong Kong
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Kelington Group Bhd hari ini mengumumkan permulaan operasi loji pengeluaran karbon dioksida cecair  (LCO2) keduanya di Kerteh, Terengganu, menerusi anak syarikat 90.71 peratus milik penuhnya, Ace Gases Sdn Bhd.

Loji baharu itu, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 70,000 tan setahun, meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran LCO2 syarikat kepada 120,000 tan setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelington Raymond Gan berkata permulaan operasi loji LCO2 kedua itu  menyediakan peluang kepada syarikat untuk meningkatkan pertumbuhan hasil dalam sektor gas perindustrian, sekali gus membolehkannya memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Prospek perniagaan pembuatan LCO2 kami pada masa depan adalah menggalakkan, terutamanya apabila penutupan loji petrokimia di luar negara disebabkan kebimbangan terhadap alam sekitar telah menyebabkan kekurangan LCO2 di peringkat global, yang mana merupakan bahan penting dalam banyak proses perindustrian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di loji LCO2 kumpulan, gas sisa CO2 dari loji pemprosesan Petronas Gas ditulenkan dan diubah menjadi LCO2 gred makanan, yang boleh digunakan bagi pelbagai kegunaan dalam sektor makanan dan minuman untuk pengeluaran minuman berkarbonat dan mewujudkan ais kering bagi pemeliharaan makanan.

Gan berkata lebih 70 peratus daripada LCO2 kumpulan itu kini dieksport ke pasaran di Singapura, Australia, New Zealand, Fiji, Indonesia dan Filipina.

“Kapasiti yang dipertingkatkan itu membolehkan kami meluaskan lagi operasi pasaran kami, di wilayah sedia ada dan di wilayah baharu,” katanya.

Beliau juga berkata Kelington mempunyai infrastruktur sokongan yang kukuh, termasuk tangki simpanan dan kumpulan kenderaan untuk memudahkan penghantaran LCO2 yang selamat dan cekap di peringkat domestik dan antarabangsa.

— BERNAMA

Tags: karbon dioksida cecairKelingtonloji pengeluaranPetronas Gas
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In