• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Scientex Melonjak 32.7 Peratus Kepada RM141.01 Juta Bagi Suku Kedua

in Catalyst
A A
Untung Bersih Scientex Melonjak 32.7 Peratus Kepada RM141.01 Juta Bagi Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Keuntungan bersih Scientex Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2024 melonjak 32.7 peratus kepada RM141.01 juta daripada RM106.29 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan 2023.

Perolehan meningkat 11.7 peratus kepada RM1.09 bilion daripada RM978.39 juta bagi tempoh yang sama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Scientex menjelaskan peningkatan perolehan dan keuntungan bersih itu didorong oleh prestasi lebih baik daripada bahagian hartanah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pembuat pembungkusan dan pemaju hartanah itu memaklumkan bahawa bahagian hartanah mencatatkan perolehan berjumlah RM456.9 juta, menunjukkan kenaikan 41.3 peratus daripada RM323.3 juta.

Perolehan lebih tinggi itu didorong oleh kemajuan pembinaan yang berterusan bagi semua pembangunan di wilayah utara, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia.

“Selain itu, pelancaran baharu kami di Sungai Dua (Pulau Pinang), Sungai Petani (Kedah), Ipoh (Perak), Jasin (Melaka) and Pulai (Johor) turut meraih sambutan baik sekali gus menyumbang lagi kepada peningkatan perolehan.

“Sejajar dengan perolehan lebih tinggi yang dicatatkan, keuntungan operasi melonjak kepada RM127.3 juta daripada RM89.1 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.

Menurut Scientex perolehan daripada pembungkusan susut kepada RM635.8 juta daripada RM655.1 juta yang dicatatkan pada suku kedua tahun kewangan 2023, terutama disebabkan permintaan pasaran eksport yang suram daripada segmen pembungkusan pengguna.

Scientex mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM278.85 juta bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 31 Jan, 2024 daripada RM213.47 juta tempoh sama tahun kewangan 2023 manakala perolehan sebanyak RM2.20 bilion, kenaikan 9.5 peratus daripada RM2.0 bilion.

Mengenai prospek, syarikat itu menjelaskan bahawa prospek pasaran global adalah mencabar ditambah dengan kenaikan kos tenaga dan tekanan inflasi yang terus meningkatkan kos operasi.

“Walaupun sentimen pasaran adalah suram, bahagian pembungkuan dijangka mencatatkan permintaan lebih baik bagi produk kami pada suku kewangan akan datang manakala bahagian hartanah optimis bahawa permintaan terhadap rumah mampu milik akan kekal berdaya tahan pada tahun kewangan semasa,” jelasnya.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Scientex Lim Pen Jin berkata pihaknya menumpukan kepada teras bahagian pembungkusan untuk memacu pertumbunan mampan selain optimis mengenai usaha mengekalkan prestasi bahagian itu.

“Bagi bahagian hartanah, permintaan kukuh terhadap hartanah mampu milik terus menyokong pertumbuhan, dengan semua pelancaran baharu kami di seluruh negara mencatatkan pembelian yang tinggi,” katanya.

Meskipun sentimen pasaran lemah namun bahagian pembungkusan dijangka dapat mencatatkan peningkatan permintaan terhadap produknya pada tempoh suku kewangan akan datang, manakala bahagian hartanah yakin bahawa permintaan untuk rumah mampu milik akan kekal berdaya tahan bagi tahun kewangan semasa.

— BERNAMA

Tags: hartanahkeuntungan bersihkos operasipembungkusanScientexsuku kedua
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In