• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur Berikutan Kekurangan Pemangkin

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada pagi Selasa dengan indeks utama turun susulan kekurangan pemangkin.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut  3.48 mata kepada 1,534.06 daripada 1,537.54 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama dibuka 1.48 mata rendah pada paras 1,536.06.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 228 berbalas 214 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 315.24 juta unit bernilai RM134.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata keseluruhan suasana pasaran tidak begitu kukuh atau positif. “Mood semasa dalam pasaran tidak begitu memberangsangkan atau optimistik yang boleh mempengaruhi tingkah laku dagangan dan dinamik pasaran,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata beliau melihat paras sokongan berada pada 1,530, di mana minat belian dijangka menstabilkan sebarang pergerakan menurun, iadatang bersama unjuran suasana dagangan yang terkawal dengan indeks dijangka bergerak dalam lingkungan 1,535-1,545.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.63, Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.24 manakala CIMB Group dan Petronas Chemical masing-masing merosot 1.0 sen kepada RM6.49 dan RM6.77, Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM11.46. 

Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy, Velesto Energy dan Perdana Petroleum masing-masing 0.5 sen kepada 4.5 sen, 29.5 sen dan 31.0 sen. Ingenieur Gudang meningkat 1.0 sen kepada 18 sen manakala TCS Group menokok 3.5 sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 18.14 mata kepada 11,522.85, Indeks FBMT 100 turun 16.72 mata kepada 11,171.93 manakala Indeks FBM Emas Shariah menyusut sebanyak 24.44 mata kepada 11,606.79.

Indeks FBM 70 melonjak 11.23 mata kepada 16,041.10 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.26 mata kepada 4,882.13.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.25 mata kepada 178.37, Indeks Tenaga naik 5.77 mata kepada 944.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 11.59 mata kepada 17,167.34 manakala Indeks Perladangan melonjak 1.24 mata kepada 7,317.68.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIRakuten TradeTAG:  Bursa MalaysiaThong Pak Leng
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In