• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Saham Prolintas Infra BT Dibuka Tidak Berubah 95 Sen Pada Penampilan Sulung Di Pasaran Utama

in Saham
A A
Saham Prolintas Infra BT Dibuka Tidak Berubah 95 Sen Pada Penampilan Sulung Di Pasaran Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Harga saham Prolintas Infra Business Trust (Prolintas Infra BT) dibuka tidak berubah pada 95 sen, pada penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.

Prolintas Infra BT menjadi amanah perniagaan pertama yang disenaraikan di bursa saham tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PLKH) Datuk Mohamad Azlan Abdullah berkata: “Matlamat kami adalah untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang positif kepada pengguna dan  memaksimumkan kecekapan perbelanjaan operasi kami.”

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini adalah cara untuk meningkatkan kepuasan pengguna dan mengurus trafik serta kos dengan cara yang memberikan pulangan setimpal kepada pelabur kami,” katanya pada sidang media selepas penyenaraian hari ini.

Menurut dasar agihan amanah itu, pengurus pemegang amanah Prolintas Managers Sdn Bhd menyasarkan untuk membayar sekurang-kurangnya 90 peratus daripada pendapatan boleh agih amanah itu kepada pemegang unit setiap tahun dan menyasarkan untuk mengagihkan sejumlah RM70 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.

Prolintas Infra BT menerbitkan 1.1 bilion unit saham, menjadikan permodalan pasarannya berjumlah kira-kira RM1.05 bilion.

PLKH, yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), memiliki 51 peratus kepentingan dalam Prolintas Infra.

AmInvestment Bank Bhd berperanan sebagai penasihat utama, penaja, penyelaras utama, penaja jamin bersama dan pengurus penaja jamin.

Sementara itu, IPO itu merangkumi tawaran untuk jualan sehingga 468.7 juta unit sedia ada, mewakili 49 peratus pegangan dalam Prolintas Infra BT, dengan 422.95 juta unit disediakan kepada pelabur institusi dan terpilih, termasuk pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Turut ditawarkan ialah sehingga 45.75 juta unit di bawah tranche runcitnya kepada orang ramai, pengarah dan individu lain yang layak. Ia dijangka menerima hasil daripada IPO itu sebanyak RM445.3 juta.

Sementara itu, bahagian awamnya sebanyak 27.5 juta unit telah terlebih langgan sebanyak 3.59 kali selepas menerima sejumlah 7,211 permohonan untuk 126.17 juta unit, dengan nilai keseluruhan RM119.9 juta.

Prolintas Infra BT merangkumi empat lebuh raya,  Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam dan Lebuhraya Penyuraian Kajang.

— BERNAMA

Tags: Datuk Mohamad Azlan AbdullaPasaran Utamapenampilan sulungProlintas Infra BT
Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In