• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Gas Terjejas Oleh Ketidakstabilan Geopolitik, Inflasi Dan Prestasi Ringgit Pada 2023

in Catalyst
A A
Projek Fasa 3 NMB Di Blok PM302 Catat Pengeluaran Gas Pertama – Petronas
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Petronas Gas Bhd (PGB) menghadapi cabaran ketidaktentuan dalam kos material dan perbelanjaan operasi pada 2023, dipengaruhi beberapa faktor seperti ketidakstabilan geopolitik, inflasi yang meningkat dan ringgit yang menyusut.

Pengerusi Adnan Zainol Abidin berkata harga gas yang tinggi, dicetuskan oleh konflik berterusan di Eropah Timur dan Asia Barat antara faktor yang meningkatkan kos penggunaan gas dalaman dalam semua segmen perniagaan syarikat.

Ia dapat dilihat terutamanya dalam segmen utiliti, berikutan penggunaan tenaga merupakan perbelanjaan yang utama, katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Segmen regasifikasi dan pengangkutan kami terdedah terutamanya kepada turun naik mata wang, disebabkan oleh beberapa obligasi kontrak jangka panjang dalam denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) dan kos bahan import yang lebih tinggi,” kata Adnan dalam laporan integrasi PGB 2023 yang dikeluarkan hari ini.

Di samping itu, pemain industri juga harus mematuhi peraturan yang semakin ketat dan jangkaan pihak berkepentingan berkaitan isu kemampanan dan iklim, dengan kebanyakan pemegang saham institusi utama menganalisis dengan teliti inisiatif kemampanan bagi memastikan parameter pelaburan mampan mereka dipenuhi, katanya. 

Bagi menghadapi cabaran ini, pihaknya memfokuskan usaha mengoptimumkan kos dan kecekapan operasi, yang disokong oleh pengenalan sasaran penyelesaian digital.

“Kami berjaya mengurangkan persekitaran kos tinggi tahun ini, memberikan prestasi kewangan yang berdaya tahan bagi memastikan kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk masa depan,” kata Adnan.

Pada masa yang sama, Adnan berkata syarikat itu menavigasi persekitaran kemampanan yang berkembang dengan cekap ke arah pelepasan karbon sifar bersih.

Ini akan menggerakkan kedudukan syarikat sebagai pemacu utama peralihan tenaga negara melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan pada Ogos 2023, katanya.

Sebagai penyumbang kepada projek pemangkin pelan hala tuju itu, PGB kini berpeluang untuk meraih cadangan nilai baharu dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan ruang pengurangan karbon, menghijaukan portfolionya untuk penciptaan nilai jangka panjang, kata Adnan.

Melangkah ke hadapan, Adnan berkata tumpuan PGB kini adalah untuk meningkatkan prestasinya berbanding agenda strategik, di samping mengekalkan momentum yang telah dicipta dalam menghijaukan portfolionya.

“Kami telah mengenal pasti sasaran dan matlamat khusus dalam tonggak Pertumbuhan, Kecemerlangan Operasi, Kecemerlangan Komersial dan Kecemerlangan Projek, dikenali sebagai G5dot5.

“Ia yang akan membimbing kami membina PGB yang lebih kukuh dan berdaya tahan dalam beberapa tahun ke hadapan dan ke arah mencapai agenda pada 2023,” katanya.

Syarikat itu percaya bahawa gas asli mempunyai peranan penting dalam peralihan tenaga di rantau ASEAN, walaupun ia melabur dalam TBB.

Gas asli akan menjadi bahan api peralihan yang penting untuk dekad akan datang apabila negara melabur secara beransur-ansur dalam membina infrastruktur yang diperlukan untuk menggunakan TBB pada skala besar, katanya.

“Dengan liberalisasi pasaran tenaga serantau, PGB mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada ASEAN sebagai penyedia perkhidmatan infrastruktur gas asli, manakala Malaysia menjadi hab gas di rantau ini.

“Kami terus berharap agar Malaysia terus bergerak ke arah ekosistem yang kondusif untuk menyokong aspirasi ini,” kata Adnan.

— BERNAMA

Tags: Adnan Zainol AbidinG5dot5Gas Aslilaporan tahunanNETRPGBtenaga
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In