• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal Selepas Peningkatan Di Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka tinggi pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian semasa harga rendah dan prestasi Wall Street yang optimis dalam tempoh semalaman.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.01 mata kepada 1,542.42 daripada 1,541.41 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 0.15 mata kepada 1,541.56.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 251 berbanding 187 manakala 328 kaunter tidak berubah, 1,569 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 358.46 juta unit bernilai RM155.56 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meningkat semula pada Khamis berikutan aktiviti belian semasa harga rendah yang berlaku disebabkan jualan besar-besaran.

“Kami yakin pembelian saham tempatan akan diteruskan berikutan maklumat Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah, yang telah mengukuhkan sentimen pelabur.

“Bursa tempatan mejejaki kecemerlangan di Wall Street, dengan tiga indeks utama mencapai paras penutup baharu tertinggi,” katanya kepada Bernama.

Semalam, bank pusat AS mengulangi ramalan tiga pengurangan kadar pada tahun ini.

Thong berkata S&P 500 meningkat lebih 5,200 buat kali pertama manakala Purata Perindustrian Dow Jones menokok 0.68 peratus, berada di bawah paras 40,000.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam julat 1,540-1,550 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.56 manakala Public Bank, CIMB, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals semuanya tidak berubah, masing-masing pada RM4.22, RM6.55, RM11.54 dan RM6.87.

Bagi saham aktif, Alpha IVF yang mula disenaraikan di pasaran ACE susut setengah sen kepada 31.5 sen, Sarawak Cable menokok tiga sen kepada 19 sen dan Avaland meningkat 1.5 sen kepada 36 sen. Xin Hwa dan Iconic pula masing-masing meningkat satu sen kepada 25.5 sen dan sembilan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.86 mata kepada 11,544.35 dan Indeks FBMT 100 mengukuh 7.71 mata kepada 11,193.61 manakala Indeks FBM Syariah naik 9.25 mata kepada 11,641.55.

Indeks FBM 70 menokok 12.47 mata kepada 15,911.15 dan Indeks FBM ACE meningkat 29.55 mata kepada 4,864.88

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 0.23 mata kepada 7,352.44, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.16 mata kepada 178.86 dan Indeks Tenaga turun 2.63 mata kepada 931.98

Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 10.25 mata kepada 17,153.93.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak Leng
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In