KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Epicon Bhd, Transnational Builder Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM89.1 juta daripada Syarikat Majuperak Bhd untuk kerja-kerja bangunan utama bagi pembangunan Rumah Perakku.
Pembangunan itu melibatkan pembinaan 601 unit rumah teres setingkat di Kinta bagi tempoh 30 bulan sehingga 26 Sept, 2026, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dengan kontrak baharu itu, jumlah nilai perolehan kontrak Epicon meningkat kepada RM929 juta daripada RM840 juta pada 18 Mac.
Syarikat itu berkata kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dan seterusnya.
— BERNAMA



