• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

5 Catalyst Yang Boleh Menggegar Pasaran Saham

in Catalyst
A A
5 Catalyst Yang Boleh Menggegar Pasaran Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Apa yang menggerakkan pasaran saham? Apabila adanya catalyst tidak kisahlah peristiwa positif mahupun negatif, maka pasaran saham akan bertindak balas terhadap catalyst tersebut.

Catalyst yang positif akan menarik minat pelabur untuk masuk ke dalam pasaran manakala catalyst yang negatif akan mencetuskan panik di kalangan pelabur lantas menyebabkan mereka keluar dari pasaran.

Berdasarkan definisi, Market Crash dikategorikan sebagai kejatuhan sekurang-kurangnya 10% atau lebih dalam tempoh sehari atau beberapa hari dalam indeks pasaran saham utama contohnya seperti DJIA, S&P500, Nasdaq dan lain-lain.

Nak tahu apakah contoh catalyst yang boleh meggegar pasaran saham?

1. Pandemik

Antara semua catalyst, pandemik merupakan antara peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan oleh semua orang. Hal ini kerana, kita semua telah melalui tempoh sukar tersebut. 

Apabila berlakunya pandemik, ramai orang kehilangan pekerjaan. Apabila orang kehilangan pekerjaan, mereka terpaksa mengeluarkan simpanan mereka daripada bank dan tidak lagi ingin melabur kerana memilih untuk memegang wang tunai. Pelabur lalu mencairkan pelaburan yang dimiliki untuk ditukarkan kepada tunai.

Apabila majoriti pelabur mencairkan pelaburan maka di situlah kemelesetan ekonomi berlaku serta kejatuhan pasaran saham.

Di awal pandemik Covid-19 pada tahun 2020, Dow Jones Industrial Average merudum sebanyak 37% daripada nilainya manakala S&P500 susut 34%. Indeks global yang lain seperti FTSE 100 di United Kingdom, DAX di Jerman, dan Nikkei di Tokyo masing-masing mencatatkan kejatuhan dua digit.

Gambar: Reuters

Pandemik Covid-19 ini telah menghasilkan “domino effect” atau reaksi rantaian yang berterusan. Ia bermaksud satu peristiwa yang boleh memberi kesan rangkaian terhadap perkara-perkara yang lain.

domino-effect  economics
Sumber: economicshelp

2. Peperangan

Dekat dunia ini, mana ada orang yang suka pada peperangan. Peperangan hanya akan menyebabkan hidup semua orang susah. Mungkin anda fikir bahawa negara tersebut jauh daripada negara anda maka anda mungkin tidak terkesan. Namun, ianya silap kerana dari sudut ekonomi mana-mana negara pastinya ada menjalankan urus niaga import dan eksport dengan negara terbabit.

Sumber: Berita Harian

Konflik yang berterusan antara Russia dan Ukraine telah menyebabkan harga komoditi di seluruh dunia melonjak di tengah-tengah kebimbangan dan reaksi mendadak terhadap kemungkinan kejatuhan dari segi bekalan.

Ini kerana, kedua-dua negara adalah pengeluar utama komoditi seperti minyak bunga matahari, gandum dan jagung.

3. Kadar Faedah Federal Reserve

Jika di Malaysia kita ada Bank Negara Malaysia yang mengumumkan kadar OPR. Di Amerika Syarikat pula ada Federal Reserve atau juga dikenali sebagai The Fed.

Semua orang pastinya ternanti-nantikan keputusan The Fed sekiranya The Fed menaikkan atau menurunkan kadar faedah. 

Bagaimanakah keputusan The Fed boleh mempengaruhi pasaran saham?

Kenaikan atau penurunan kadar faedah juga memberi kesan kepada emosi dan jangkaan pelabur. Pasaran itu dilihat tidak mampu bergerak dengan banyak dalam sehari jika bukan disebabkan jangkaan pasaran secara keseluruhan.

Apabila The Fed mengumumkan kenaikan kadar faedah, syarikat dan pengguna akan memotong perbelanjaan yang menyebabkan pendapatan berkurangan, yang akhirnya menyebabkan harga saham jatuh. Sebaliknya, apabila The Fed mengumumkan penurunan kadar faedah, andaian umum adalah pengguna dan syarikat akan meningkatkan perbelanjaan yang menyebabkan kenaikan harga saham. 

Ini hanyalah sebahagian daripada cerita penuh. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca artikel di bawah.

Baca: Bagaimana Kadar Faedah di Amerika Syarikat Beri Kesan Kepada Pasaran Saham?

4. Non-Farm Payroll

Non Farm Payrolls (NFP) | XTB

Terdapat satu laporan data pekerjaan di Amerika Syarikat yang menjadi tumpuan pelabur global setiap bulan dalam mengukur tahap kesihatan ekonomi global, ini kerana Amerika Syarikat ialah ekonomi terbesar dunia.

Data tersebut adalah data pekerjaan yang dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat, yang merangkumi beberapa jenis data buruh.

Sama juga tak nak cerita panjang lebar. Jemput baca artikel di bawah yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan non-farm payroll.

Baca: Non-Farm Payroll (NFP): Data Yang Ditunggu-Tunggu Pelabur Global Setiap Bulan, Apakah NFP Ni?

5. Ketegangan Politik

Sumber: Berita Harian

Bagaimana pula ketegangan politik boleh menjejaskan pasaran saham? Politik sebenarnya turut memainkan peranan dalam modal pasaran. Kestabilan politik sesebuah negara akan berjaya meyakinkan pelabur untuk melabur di dalam negara tersebut. 

Jika situasi politik di sesebuah negara amat tegang, kerajaan tersebut sudah pasti tidak stabil dan akan sukar membuat dasar serta polisi. Apabila kerajaan tidak mendapat keputusan dua per tiga dalam parlimen, segala perancangan sukar untuk dilaksanakan.

Jika kerajaan sentiasa berubah seperti kerajaan Malaysia untuk beberapa tahun yang lalu, pelabur asing pastinya amat terkesan. Malah, pergolakan politik berterusan membuatkan pelabur berpotensi mengalih tumpuan kepada negara jiran lain. Nanti siapa juga yang rugi kalau bukan negara kita?

Tags: Bursa Malaysiacatalystpandemik
Share315ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In