• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Berhati-Hati Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada dagangan Isnin, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika sentimen berhati-hati menguasai pasaran menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOC) bank pusat Amerika Syarikat minggu ini, kata penganalisis.

Mesyuarat FOMC di bawah Rizab Persekutuan AS akan diadakan pada 19-20 Mac, 2024.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.02 mata kepada 1,547.81 daripada 1,552.83 pada akhir dagangan Jumaat lepas. 

Indeks penanda aras berkenaan dibuka turun 5.38 mata kepada 1,547.45.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 257 berbanding 209 manakala 325 kaunter lain tidak berubah, 1,516 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 429.73 juta unit bernilai RM166.50 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan turut memantau pengumuman data-data akan datang seperti tuntutan pengangguran AS dan indeks pengurus pembelian pembuatan dan perkhidmatan (PMI). 

“Biarpun nada dagangan di AS adalah lebih perlahan, kami menjangkakan momentum positif akan berterusan di peringkat tempatan, berikutan pemulihan positif dalam pasaran serantau sejak kebelakangan ini.

“Indeks FBM KLCI misalnya ditutup pada paras tinggi yang ketara pada Jumaat lepas, diterajui oleh kenaikan kebanyakan saham-saham wajaran tinggi  biarpun terdapat prestasi negatif saham-saham di pasaran serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Mengulas pasaran komoditi, firma pembrokeran itu berkata minyak mentah Brent didagangkan lebih mengukuh pada minggu lepas apabila melepasi paras US$85 setong, didorong oleh permintaan AS yang lebih tinggi daripada dijangkakan.

“Susulan trend komoditi minyak mentah dan minyak sawit yang positif baru-baru ini, kami menjangkakan peniaga akan memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas serta perladangan pada minggu akan datang,” katanya. 

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank kekal pada RM9.71, Public Bank naik dua sen kepada RM4.29, CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing susut dua sen kepada RM6.59 dan RM6.88 manakala TNB turun enam sen kepada RM11.54. 

Bagi saham aktif seperti Hong Seng Consolidated, Sapura Energy, PDZ dan Techbase Industries masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen, 4.5 sen, empat sen dan 25 sen manakala Pan Malaysia susut 1.5 sen kepada 17 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 31.33 mata kepada 11,512.26; Indeks FBMT 100 susut 34.55 mata kepada 11,170.75 dan Indeks FBM ACE berkurangan 1.66 mata kepada 4,707.40.

Indeks FBM Emas Shariah pula berkurangan 52.73 mata kepada 11,538.87 dan Indeks FBM 70 rendah 41.32 mata kepada 15,623.32.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 0.87 mata kepada 17,277.50 dan Indeks Tenaga naik 1.70 mata kepada 917.70. 

Indeks Perladangan merosot 7.09 mata kepada 7,285.26 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.37 mata kepada 176.52.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsesi awalWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In