• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kelington Rancang Berkembang Ke Pasaran Jerman, Hong Kong

in Catalyst
A A
Kelington Rancang Berkembang Ke Pasaran Jerman, Hong Kong
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Kelington Group Bhd, penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu, merancang untuk berkembang ke pasaran Jerman dan Hong Kong bagi mendapat kelebihan daripada industri semikonduktor global yang berkembang pesat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Raymond Gan berkata pembuat cip sedang giat meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, dipacu oleh kepelbagaian geopolitik dan keperluan yang semakin meningkat untuk teknologi-teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), kenderaan elektrik (EV) dan Industri 4.0.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Beliau berkata permintaan untuk kemudahan pembuatan semikonduktor kekal kukuh apabila teknologi-teknologi tersebut berkembang maju.

“Selepas ia menguncup pada 2023 disebabkan sifat kitaran industri, pertumbuhan bagi peralatan pembuatan semikonduktor dijangka diteruskan pada 2024, dengan jualan dijangka pulih dengan kukuh pada 2025,” katanya.

Gan menyatakan ia dipacu oleh pengembangan kapasiti, projek fabrikasi baharu dan permintaan tinggi untuk teknologi termaju merentas segmen hadapan dan belakang.

“Jerman dan Hong Kong merupakan hab inovasi penting dalam sektor ini, dan kami optimis tentang menguasai bahagian pasaran yang lebih besar daripada perbelanjaan modal semikonduktor global dalam pasaran ini.

 “Dengan memanfaatkan rekod prestasi kumpulan dalam menyelesaikan projek-projek yang berjaya untuk pelanggan multinasional terkemuka di Malaysia, Singapura, China dan Taiwan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menarik pelanggan-pelanggan baharu di Jerman dan Hong Kong serta memberi perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada yang sedang mengembangkan jejak pembuatan mereka di rantau ini,” katanya.

Kumpulan itu berkata Kelington Engineering (Jerman) GmbH dan Kelington Engineering (HK) Ltd telah diperbadankan sebagai anak syarikat milik penuh tidak langsung untuk berkembang di kedua-dua pasaran berkenaan.

— BERNAMA

Tags: Hong KongJermanKelington Grouppengembangan pasaransemikonduktor
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In