KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Saham tawaran awam permulaan (IPO) Prolintas Infra Business Trust (Prolintas Infra BT) yang tersedia untuk permohonan awam telah terlebih langgan sebanyak 3.59 kali.
Prolintas Infra BT akan menjadi dana amanah perniagaan Islam tersenarai yang pertama di Malaysia.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata ia menerima sejumlah 7,211 permohonan untuk 126 juta unit, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM119.9 juta berbanding 27.5 juta unit yang disediakan bagi permohonan orang awam Malaysia.
Untuk bahagian Bumiputera, sebanyak 2,881 permohonan membabitkan 32.34 juta unit telah diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 1.35 kali, manakala 4,330 permohonan untuk 93.82 juta unit telah diterima di bawah bahagian awam Malaysia yang lain, mewakili kadar terlebihan langgan sebanyak 5.82 kali.
Tawaran institusi yang merangkumi 422.94 juta unit disediakan kepada pelabur institusi dan terpilih, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI, telah dilanggan sepenuhnya.
Prolintas Infra BT dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia Bhd menjelang 25 Mac 2024.
AmInvestment Bank Bhd berperanan sebagai penasihat utama, penaja, penyelaras utama, penaja jamin bersama dan pengurus penaja jamin untuk pelaksanaan IPO itu.
CIMB Investment Bank Bhd serta Maybank Investment Bank Bhd pula merupakan penyelaras bersama serta penaja jamin bersama untuk IPO, manakala RHB Investment Bank Bhd adalah penaja jamin bersama bagi IPO tersebut.
— BERNAMA
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





