• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Rakuten Trade Jangka FBM KLCI Cecah 1,660 Menjelang Akhir Tahun

in Catalyst
A A
Rakuten Trade Jangka FBM KLCI Cecah 1,660 Menjelang Akhir Tahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah 1,660 menjelang akhir tahun 2024 berdasarkan nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 15.5 kali pada pertumbuhan pendapatan 16 peratus.

Sentimen di Bursa Malaysia telah meningkat dengan ketara dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berlanjutan.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata tahun ini persekitaran pelaburan di Bursa Malaysia telah bertambah baik terutamanya disebabkan oleh kestabilan politik.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Justeru, beliau berkata sekiranya aliran dana kembali normal, indeks FBM KLCI mungkin mencapai 1,700 pada hanya 16 kali PER.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata aliran masuk dana asing agak ketara tetapi ia agak tidak menentu.

“Ini mungkin disebabkan ada segelintir daripada mereka mencari kestabilan dan bukannya melalui ketidaktentuan di Wall Street.

“Selain itu, ini juga boleh menjadi permulaan atau permulaan kepelbagaian portfolio tertentu dalam kalangan dana asing walaupun pada skala yang lebih kecil,” katanya semasa taklimat media yang diadakan secara maya mengenai Tinjauan Pasaran Suku Kedua Malaysia hari ini.

Beliau juga menyedari peningkatan ketara dalam pegangan saham asing dalam persekitaran keadaan politik yang lebih stabil menjelang suku keempat 2023 sehingga kini.

“Oleh itu, kami yakin pegangan saham asing akan melepasi ambang 20 peratus dan menguji paras 25 peratus memandangkan Malaysia kurang kemasukan pelabur asing sejak sekian lama,” tambahnya.

Pada Februari 2024, paras pegangan saham asing berada pada 19.34 peratus.

Bagi ringgit, beliau berkata mata wang tempatan itu diunjurkan naik antara 4.50 dan 4.55 menjelang akhir tahun berikutan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS)/Kesatuan Eropah dan iklim pelaburan di peringkat tempatan yang semakin baik.

“Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka menurunkan kadar faedah menjelang tahun ini yang sepatutnya memberi kesan positif untuk mata wang serantau. Apabila dolar AS diunjurkan melemah, ringgit mungkin mengukuh.

“Kedua, kami juga melihat lebih banyak pelaburan langsung asing terutamanya dari Singapura untuk menubuhkan pusat data sekali gus menyokong mata wang tempatan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata beliau menjangkakan kaunter amanah perbankan, pembinaan, perjudian, teknologi, telekomunikasi dan hartanah berprestasi baik untuk suku kedua tahun ini.

“Berikutan kecerdasan buatan yang sangat popular sekarang, pelaksanaan 5G dan penerokaan infrastruktur utama seperti Mass Rapid Transit 3 (MRT3), MRT Pulau Pinang dan projek tebatan banjir berkemungkinan akan mendorong sektor tersebut berada dalam penarafan ‘overweight’,” katanya.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIKenny YeeRakuten Trade
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In