• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maxis, Nokia Bekerjasama Pacu Ketersambungan Generasi Akan Datang

in Catalyst
A A
Maxis, Nokia Bekerjasama Pacu Ketersambungan Generasi Akan Datang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Maxis Bhd dan Nokia menjalin kerjasama untuk memacu ketersambungan generasi akan datang bagi meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan serta melantik Nokia sebagai rakan untuk membina sebahagian daripada ekosistem Teras 5G Maxis bagi memenuhi keperluan ketersambungan masa hadapan. 

Maxis berkata sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut ia akan bekerjasama dengan Nokia untuk meneroka pelaksanaan teknologi lebih baharu bagi mengukuhkan lagi rangkaiannya, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini termasuk rangkaian optik selamat kuantum yang melindungi daripada ancaman kedua-dua komputer klasikal dan kuantum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Maxis berkata kedua-dua syarikat tersebut akan meneroka inovasi yang akan memudahkan keterhubungan yang cekap dan boleh berkembang dalam persekitaran awan untuk memperkukuh keselamatan rangkaian yang akan turut memberi manfaat kepada pelanggan perusahaannya.  

“Langkah-langkah ini sejajar dengan peningkatan keperluan untuk infrastruktur rangkaian yang boleh menyokong kesalinghubungan yang teguh dan pertukaran data rentas sempadan yang lancar, disokong oleh pusat data optik yang lebih selamat,” katanya.

Kerjasama tersebut dimeterai di Pavilion Malaysia semasa berlangsungnya kongres Mobile World Congress 2024 di Barcelona baru-baru ini yang disaksikan oleh Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. 

Menurut Maxis, baru-baru ini ia melantik Nokia sebagai rakan utama untuk membina sebahagian daripada ekosistem Teras 5G Maxis bagi memenuhi keperluan ketersambungan masa hadapan termasuk penggunaan penyelesaian berasaskan awan yang akan membolehkan syarikat itu memanfaatkan sepenuhnya keupayaan 5G, dengan kefungsian, kebolehpercayaan dan kecekapan yang lebih baik dalam memacu penawaran 5G generasi akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata penyedia telekomunikasi bersepadu itu berharap kerjasama yang lebih rapat dalam menginovasi merentas ekosistem rangkaian perta penawaran 5G bagi memastikan Maxis bersedia pada masa hadapan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap ketersambungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai,

— BERNAMA

Tags: 5GGoh Seow EngketersambunganMaxisMoUNokia
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In