• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan semalam selain sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.16 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.62 mata kepada 1,543.09 daripada 1,544.71 di akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu sebelumnya dibuka menokok 0.24 mata kepada 1,544.95.

Di pasaran meluas, kauter rugi mengatasi untung iaitu 208 berbanding 201 manakala 328 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,533 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 424.31 juta unit bernilai RM155.39 juta.

Sementara itu, Malacca Securities berkata berdasarkan prestasi semalaman Wall Street yang lebih neutral, berkemungkinan menyaksikan minat belian di pasaran tempatan di tahap sederhana pada hari ini.

“Kami percaya pengumuman data Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat (pada lewat minggu ini) berkemungkinan mempengaruhi prospek kadar faedah di negara itu.

“Selain itu, kami juga menjangkakan sokongan belian di pasaran meluas akan berterusan walaupun pada tahap lebih sederhana.

“Perkembangan lain adalah niaga hadapan bijih besi yang merosot ketara sejak 2022 berikutan lambakan inventori di China yang mungkin menjurus kepada potensi sokongan belian dalam saham berkaitan besi dan logam,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 2.0 sen kepada RM9.80; CIMB rugi 1.0 sen kepada RM6.66; Public Bank meraih 1.0 sen kepada RM4.31 manakala Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM11.24 dan RM6.85.

Bagi saham aktif, Hong Seng tidak berubah pada 2.0 sen; Pan Malaysia meraih 2.0 sen kepada 16 sen; YNH Property naik 3.0 sen kepada 53 sen manakala Microlink susut 11 sen kepada 42 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 5.07 mata kepada 11,448.31; Indeks FBMT 100 berkurangan 3.86 mata kepada 11,116.65; Indeks FBM ACE menokok 0.97 mata kepada 4,699.61; Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 3.04 mata kepada 11,447.63 manakala Indeks FBM 70 melonjak 26.86 mata kepada 15,465.15.

Prestasi sektor menyaksikan Perkhidmatan Kewangan turun 8.57 mata kepada 17,396.08; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.63 mata kepada 174.78 manakala Indeks Tenaga naik 0.15 mata kepada 894.76 dan Indeks Perladangan menokok 3.22 mata kepada 7,306.16. 

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessesi awalWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In