• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Varia, SKL Tandatangani MoU Mulakan Projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Klang

in Catalyst
A A
Varia, SKL Tandatangani MoU Mulakan Projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Klang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, Varia Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) untuk memulakan Projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Klang.

Pengarah Urusan Varia, Datuk Benson Lau dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama itu bukan sekadar bukti komitmen syarikat itu untuk meningkatkan infrastruktur bandar Malaysia tetapi juga peluang untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan pembinaan dan reka bentuk.

“Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penyelesaian pembinaan yang inovatif dan komitmen kami terhadap pembangunan mampan, kami bersedia untuk menyediakan projek yang akan memudahkan aliran trafik, meningkatkan ketersambungan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Lembah Klang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami mengharapkan projek ini akan membawa perubahan positif kepada masyarakat dan alam sekitar,” katanya.

Varia berkata SKL,  sebuah syarikat tujuan khas telah terlibat secara aktif sejak 2019 dalam mendapatkan perjanjian konsesi daripada kerajaan untuk hak membina, mengurus, memiliki dan mengendalikan lebuh raya itu. 

“Cadangan lebuh raya itu sejauh kira-kira 52.5 kilometer di sepanjang sungai Klang, akan disepadukan dengan rangkaian lebuh raya sedia ada melalui tujuh persimpangan yang dicadangkan, menyediakan laluan alternatif penting untuk pengguna jalan raya di kawasan ini,” katanya.

Varia berkata projek itu mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan kini berada di peringkat lanjutan untuk mendapatkan kelulusan akhir daripada kerajaan.

Pada 5 petang, harga saham Varia berada pada RM0.890 dengan permodalan pasaran RM371.1 juta, manakala nilai perolehan kontrak kumpulan kekal kukuh pada RM1.1 bilion.

— BERNAMA

Tags: Sungai Klang LinkVaria Bhd
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In