• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan dari Jumaat lepas untuk memulakan minggu ini dengan positif, didorong oleh momentum belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dengan sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.15 mata kepada 1,542.01.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 216 berbanding 207 manakala 296 kaunter tidak berubah, 1,540 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities berkata pihaknya menjangka untuk menyaksikan pergerakan menaik yang sederhana dalam FBM KLCI dan FBM Small Cap berdasarkan sentimen lemah dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

“Walaupun kami menjangka pergerakan menaik akan terhad dalam tempoh terdekat, kami percaya minat belian akan berterusan dalam sektor perbankan dan perladangan — sektor perladangan dijangka diniagakan kukuh dengan asas dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) hampir RM4,100 satu tan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing menambah 1.0 sen kepada RM9.76 dan RM4.30, CIMB dan Petronas Chemicals, masing-masing meningkat 6.0 sen kepada RM6.71 dan RM6.87 manakala Tenaga Nasional susut 8.0 sen kepada RM11.20.

Bagi saham aktif, Hong Seng naik setengah sen kepada 1.5 sen manakala Pegasus Heights, SMTrack dan Widad Group, masing-masing tidak berubah pada setengah sen, 5.0 sen dan 9.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 12.14 mata kepada 11,435.28, Indeks FBMT 100 menambah 12.61 mata kepada 11,100.66 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.12 mata kepada  4,690.17 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 2.64 mata kepada 11,421.34 dan Indeks FBM 70 berkurangan 2.13 mata kepada 15,401.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 29.33 mata kepada 17,398.07 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.36 mata kepada 174.52 manakala Indeks Tenaga merosot 8.39 mata kepada 895.18 dan Indeks Perladangan berkurangan 11.41 mata kepada 7,327.74. 

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In