• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan semalam untuk dibuka rendah hari ini, sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell kepada Kongres.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.56 mata kepada 1,532.42 daripada 1,536.98 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.53 mata kepada 1,532.45.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, sentimen adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 228 berbanding 138 manakala 268 kaunter tidak berubah, 1,629 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 178.11 juta unit bernilai RM132.22 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan memantau ucapan Powell malam ini untuk mendapatkan petunjuk baharu dalam pasaran.

Selain itu, katanya Wall Street ditutup rendah didorong oleh Apple selepas sebuah laporan menyatakan bahawa jualan iPhone di China jatuh dalam tempoh enam minggu pertama tahun ini.

“Sementara itu, peniaga akan memantau data pembuatan dan senarai gaji bukan ladang pada minggu ini,” katanya.

Dalam negara, ia menjangka peniaga akan memberi tumpuan kepada segmen komoditi seperti sektor minyak dan gas, emas dan perladangan berikutan harga komoditi asas mereka yang diniagakan tinggi pada sesi tersebut.

“Di bawah persekitaran berhati-hati ini, kami menjangka peniaga akan mencari peluang dalam syarikat yang mempunyai lembaran imbangan yang kukuh dan hasil dividen yang tinggi.

“Sementara itu, kami memilih saham perbankan, pembinaan dan hartanah yang terpilih,” katanya.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank merosot tiga sen kepada RM9.60, CIMB susut lapan sen kepada RM6.45, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.16 manakala Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM6.89.

Dalam kalangan saham aktif, Genting menambah 12 sen kepada RM5.01, VSolar Group naik 1.5 sen kepada 12 sen, Master Tec Group meningkat 2.5 sen kepada 82.5 sen manakala TWL Holdings dan Mag Holdings, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 30.60 mata kepada 11,366.41, Indeks FBMT 100 berkurangan 30.32 mata kepada 11,034.97, Indeks FBM Emas Shariah susut 10.99 mata kepada 11,374.10, Indeks FBM 70 turun 31.71 mata kepada 15,331.70 manakala Indeks FBM ACE naik 5.25 mata kepada 4,704.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 103.381 mata kepada 17,186.75, Indeks Tenaga berkurangan 8.61 mata kepada 898.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.52 mata kepada 173.95 manakala Indeks Perladangan naik 5.91 mata kepada 7,184.20.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In