• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pharmaniaga Catat Kerugian Bersih Kecil Pada Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Pharmaniaga Meluaskan Kapasiti Pengedaran Di Wilayah Utara

Gambar: Pharmaniaga

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) — Kerugian bersih Pharmaniaga Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 berkurangan kepada RM77.45 juta daripada RM629.92 juta pada Tahun Kewangan 2022.  

Hasil turun kepada RM3.40 bilion daripada RM3.48 bilion, susut 2.2 peratus disebabkan terutamanya penurunan hasil daripada perniagaan konsesi ekoran peruntukan bajet yang rendah.

Bagi suku keempat, kerugian bersih syarikat itu susut kepada RM32.72 juta daripada kerugian RM644.39 juta pada tahun sebelumnya manakala hasil turun kepada RM789.81 juta daripada RM862.72 juta. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan farmaseutikal itu melihat prospek memberangsangkan tahun ini susulan penstrukturan semula menyeluruh operasi perniagaan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk menggiatkan semula kumpulan pada 2023.

“(Prestasi lebih baik itu) disokong oleh pelan tindakan strategik yang padu menerusi lima tonggak utama – mengukuhkan penglibatan kami dalam sektor awam, meningkatkan usaha biofarmaseutikal, menyelaras kos, berkembang ke pasaran swasta dan mentransformasikan operasi kami di Indonesia.

“Usaha ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan jangka panjang dan mencetuskan peluang untuk penciptaan nilai,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pharmaniaga berkata ia sedang memuktamadkan pemerolehan geran pembangunan vaksin daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Pemberian ini bukan sahaja menunjukkan sokongan kerajaan terhadap usaha kami tetapi juga akan meletakkan kumpulan itu di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kesihatan, terutamanya dalam bidang kritikal pembangunan vaksin,” katanya.

Kumpulan itu berkata ia akan terus mengharungi beberapa cabaran yang memberi kesan kepada prestasi kewangan dan operasinya.

“Faktor seperti turun naik dolar AS, peningkatan kos kewangan yang disebabkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR), kenaikan tarif elektrik dan kos buruh yang lebih tinggi berikutan pindaan dalam Akta Pekerjaan secara kolektif memberi tekanan pada margin dan keuntungan keseluruhan kami.

“Dalam menangani cabaran ini, kumpulan komited kepada inisiatif untuk meningkatkan margin keuntungan dan pengoptimuman kos bagi memastikan daya tahan dan kemampanan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Keputusankerugian bersihPharmaniagatahun kewangan 2023
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In