fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Solarvest Pada Suku Ketiga Meningkat Kepada RM10.65 Juta

in Catalyst
A A
Solarvest Optimis Terhadap Prospek Niaga, Pergiat Usaha Pengembangan

Sumber Gambar : Solarvest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Solarvest Holdings Bhd bagi suku ketiga tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2024 meningkat lebih dua kali ganda kepada RM10.65 juta daripada RM5.20 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan yang lebih baik itu terutamanya susulan penjimatan operasi yang direalisasikan daripada projek solar skala besar 4 (LSS4) tertentu yang telah siap dan sumbangan daripada segmen perniagaan pembangunan projek tenaga solar.

Penyedia penyelesaian tenaga bersih itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan bagi suku itu turut meningkat kepada RM112.40 juta daripada RM101.51 juta sebelum ini.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Bagi tempoh sembilan bulan, Solarvest meraih keuntungan bersih sebanyak RM24.53 juta, meningkat daripada RM14.50 juta dalam tempoh sama pada 2022, manakala perolehan menokok kepada RM395.69 juta daripada RM252.32 juta pada tahun sebelumnya.

 Solarvest berkata prospek bagi industri tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia kekal optimis, disokong oleh usaha agresif kerajaan untuk meningkatkan kapasiti TBB kepada 70 peratus daripada jumlah campuran tenaga Malaysia.

“Malah, sektor tenaga dijangka meningkatkan kapasiti TBB kepada 31 peratus menjelang 2025 dan 40 peratus pada 2035, dengan tenaga solar dijangka menjadi sumber TBB yang dominan dalam sistem ini,” katanya.

Bagi suku yang dikaji, katanya ketiga-tiga loji LSS4 milik kumpulan dengan kapasiti terpasang  67.3 megawatt puncak (MWp) beroperasi sepenuhnya, membolehkan kumpulan meraih pendapatan berulang daripada jualan tenaga solar untuk tempoh 25 tahun akan datang.

“Selain itu, tujuh lagi projek LSS4 yang menyaksikan kumpulan ini dilantik sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan telah beroperasi pada akhir 2023,” katanya.

Solarvest berkata sehingga 31 Dis 2023, nilai perolehan kontrak belum dimasuk kira berjumlah RM242 juta, yang akan dinyatakan dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 dan 2025.

Syarikat juga akan kekal optimis dengan prospek industri, disokong oleh aliran kerja-kerja yang mantap di loji jana kuasa swasta berskala besar, kediaman, projek komersial dan perindustrian.

“Selain itu, kumpulan berjaya meraih kapasiti terkumpul kira-kira 116.0 MWp melalui Powervest (program pembiayaan solar syarikat).

“Dijangkakan kira-kira 80 peratus daripada kapasiti Powervest yang diraih di bawah perjanjian pembelian tenaga pelbagai korporat berupaya menyumbang perolehan berulang sehingga RM41 juta kepada kumpulan apabila siap sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya Powervest melalui pembangunan dan pemilikan aset, akan meningkatkan keuntungan projek dan mewujudkan aliran pendapatan berulang, membolehkan kebolehlihatan pendapatan jangka panjang yang lebih baik.

Solarvest berkata, prestasi keseluruhan kumpulan dijangka kekal agak baik untuk tahun kewangan akan datang.

— BERNAMA

Tags: PowervestprestasisolarSolarvest HoldingsTBB
Share225ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In