• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A Kembali Raih Keuntungan: Untung Bersih RM836.98 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Capital A Minta Tempoh Lanjutan Kemuka Pelan Penyusunan Semula Muktamad Tangani Status PN17

ARIF KARTONO/AFP VIA GETTY IMAGES

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) — Capital A Bhd kembali mencatat keuntungan, dengan keuntungan bersih RM836.98 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 berbanding kerugian bersih RM2.62 bilion pada tahun kewangan 2022.

Menurutnya peningkatan dalam keuntungan bersih itu adalah berikutan keuntungan sebanyak RM1.36 bilion daripada penilaian semula syarikat bersekutu kepada anak syarikatnya, Asia Aviation PCL Group, dan kemajuan yang menyeluruh dalam perniagaan penerbangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya perolehan meningkat kepada RM14.77 bilion berbanding RM6.43 bilion sebelum ini.

Bagaimanapun, pada suku keempat tahun kewangan 2023, kumpulan memperoleh kerugian bersih RM159.56 juta berbanding keuntungan bersih RM109.94 juta pada suku keempat 2022.

Perolehan meningkat kepada RM4.85 bilion berbanding RM2.19 bilion sebelum ini berikutan pemulihan permintaan yang kukuh daripada perjalanan domestik dan antarabangsa dalam tempoh berkenaan.

“Pada suku keempat 2023, segmen penerbangan menyumbang 93 peratus daripada perolehan kumpulan, manakala selebihnya disumbangkan oleh perniagaan logistik, digital dan lain-lain,” katanya.

Mengenai prospek segmen penerbangan, Capital A berkata walaupun tekanan kos kekal tinggi, terutamanya disebabkan mata wang Asean yang lemah, ia telah melaksanakan langkah kawalan yang membolehkan kumpulan untuk terus menawarkan tambang menarik.

Pada tahun ini, kumpulan akan terus memberikan tumpuan untuk mencatat kos terendah melibatkan semua sektor, meningkatkan penggunaan dan kecekapan aset.

“Kami sedang menggiatkan budaya berprestasi tinggi, berpaksikan kepada kecekapan dan menyediakan produk yang lebih baik.

“Menawarkan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa merupakan keutamaan, bermula dengan pekerja kami yang diperkasa dan disokong oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk kepuasan yang dipertingkatkan, dan kami juga lebih banyak melabur dalam bidang ini untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan,” katanya.

Pada masa yang sama, Capital A di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelan regularisasi PN17 dan menyasarkan penyerahan yang lengkap kepada Bursa Malaysia tidak lama lagi.

“Lembaga pengarah optimis dan menjangkakan prestasi kukuh dapat dicapai pada 2024,” katanya.

— BERNAMA

TAG: Capital A, penerbangan, tahun kewangan 2023, Bursa Malaysia, prospek

Tags: Bursa MalaysiaCapital Apenerbanganprospektahun kewangan 2023
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In