• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A International Bakal Disenaraikan Di AS Menerusi SPAC

in Catalyst
A A
Capital A International Bakal Disenaraikan Di AS Menerusi SPAC
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Capital A Bhd telah memuktamadkan perjanjian dengan Aetherium Acquisition Corp yang juga syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC), bagi penyenaraian Capital A International (CAPI) di pasaran awam Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata di bawah terma urus niaga yang dicadangkan, CAPI akan bergabung dengan Aetherium dan menjadi entiti dagangan awam.

Urus niaga terbabit mencerminkan anggaran nilai perusahaan proforma sebanyak US$1.15 bilion bagi CAPI.

“Walaupun Lembaga Pengarah CAPI dan Aetherium secara sebulat suara meluluskan transaksi terbabit, ini masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Aetherium dan syarat-syarat khusus lain,” katanya.

Menurut Capital A, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tony Fernandes yang dikenali kerana mengambil alih AirAsia pada 2001 dan mengubahnya sebagai syarikat penerbangan global, akan menerajui CAPI.

Sementara itu, Fernandes berkata AirAsia telah melonjak daripada sebuah syarikat penerbangan kecil Malaysia kepada jenama penerbangan dan pengembaraan global bernilai lebih US$1 bilion dan membolehkan Capital A membangunkan portfolio merangkumi penerbangan, perkhidmatan penerbangan, logistik dan syarikat digital dalam fintech, perjalanan serta hospitaliti.

“Evolusi jenama AirAsia telah mewujudkan pangkalan pengguna global yang setia dan meletakkan kami di kedudukan baik untuk mengembangkan jenama di peringkat antarabangsa melalui CAPI.

 “Penyenaraian ini turut memberi kami akses kepada pasaran modal lebih besar, meningkatkan kredibiliti dan kehadiran antarabangsa syarikat selain memberi nilai kepada pemegang saham,” katanya.

Selain AirAsia, beliau berkata CAPI memegang hak harta intelek untuk 14 jenama terkenal dan lebih 224 cap dagang merangkumi 23 negara.

— BERNAMA

TAG: Capital A, Aetherium, pasaran modal, AS

Tags: AetheriumCapital Apasaran modal
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In