• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, July 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Nestle Meningkat Kepada RM659.87 Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Permintaan F&B Keuntungan Bersih Nestle Cecah RM620 Juta

Gambar: Nestle

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Feb  (Bernama) — Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, meningkat kepada RM659.87 juta daripada RM620.33 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2022, disumbangkan oleh jualan yang lebih tinggi dan fokus berterusannya untuk memacu kecekapan dalaman dan inisiatif penjimatan.

Ia telah membantu mengurangkan kesan harga komoditi dan kadar pertukaran mata wang yang tidak menguntungkan.

Nestle dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata keuntungan selepas cukai yang bertambah baik itu turut disokong oleh cukai lebih rendah tidak termasuk Cukai Kemakmuran yang dikenakan pada 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam pada itu, hasilnya melonjak sebanyak 5.8 peratus kepada RM7.05 bilion daripada RM6.66 bilion sebelumnya, dipacu oleh jualan domestik lebih tinggi dan didorong oleh permintaan pengguna yang berdaya tahan.

Pengeluar makanan dan minuman (F&B) itu berkata momentum berdaya tahan yang dicapainya mencerminkan kerja keras dan dedikasi pasukannya, sentiasa komited untuk menunaikan janji ‘Good Food, Good Life’ untuk semua rakyat Malaysia.

“Jenama teras kami terus memacu pertumbuhan manakala produk inovatif baharu kami memanfaatkan trend pertumbuhan baharu untuk mencipta platform pertumbuhan untuk masa depan.

“Kami sentiasa memperbaharui komitmen penuh kami untuk memenuhi amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada kami selama lebih 112 tahun yang ditunjukkan oleh rancangan pelaburan kami yang kukuh, menyokong pekerjaan tempatan dan meningkatkan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan keselamatan makanan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak RM1.28 sesaham untuk tahun kewangan 2023, enam sen lebih tinggi daripada dividen interim ketiga 2022 yang akan dibayar pada 16 Mei 2024 kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam rekod pendeposit pada 18 April 2024.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023, keuntungan bersih Nestle meningkat kepada RM148.10 juta berbanding RM132.85 juta pada suku keempat 2022 manakala hasil meningkat sedikit kepada RM1.69 bilion berbanding RM1.65 bilion sebelumnya.

Mengenai prospek, Nestle berkata cabaran seperti turun naik harga mata wang dan komoditi mungkin berpanjangan serta sentimen pengguna yang lebih lemah dan kesan terhadap kuasa beli berikutan inflasi terkumpul sejak beberapa tahun lepas.

Nestle berkata ia akan terus menghasilkan produk berkhasiat berkualiti tinggi dan berperisa melazatkan, memenuhi keperluan dan harapan rakyat Malaysia serta membuat perubahan positif kepada masyarakat.

“Pelan pelaburan kami seperti yang dirancang sebelum ini sedang berkembang dan akan menetapkan asas untuk pertumbuhan selanjutnya untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

Untuk tahun kewanagan 2024, syarikat itu berkata ia yakin dapat menghasilkan prestasi yang berdaya tahan dan memenuhi jangkaan pemegang sahamnya.

— BERNAMA

Tags: jualankeuntungan bersihNestle
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In