• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Bercampur-Campur Di Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini susulan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman apabila sentimen secara keseluruhannya masih tanpa hala tuju dengan para peniaga menunggu pengumuman data terkini inflasi pada lewat minggu ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.92 mata kepada 1,549.88 daripada paras penutup 1,558.80 semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.50 mata kepada 1,556.30.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 181, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,614 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.  

Jumla dagangan berjumlah 579.06 juta unit bernilai RM186.52 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman, Dow Jones Industrial Average turun 97 mata manakala Nasdaq meningkat 59 mata apabila hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik kepada 4.303 peratus. 

Selain itu, katanya di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 156 mata selepas dibuka rendah apabila para peniaga membuat spekulasi bahawa akan ada lebih banyak rangsangan untuk menyokong pasaran hartanah berikutan penurunan harga rumah bagi bulan kesembilan.

“Di bursa tempatan walaupun indeks petunjuk pasaran meningkat lebih daripada 100 mata setakat ini bagi tahun ini, kami percaya masih terdapat potensi peningkatan. 

“Bagi hari ini kami menjangkakan indeks berada dalam jajaran 1,555-1,565,”katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.52, CIMB susut satu sen kepada RM6.44, Tenaga Nasional turun 36 sen kepada RM11.06, Petronas Chemicals berkurangan 13 sen kepada RM6.81 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.47. 

Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng Consolidated dan TWL Holdings naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 2.5 sen dan empat sen, Velesto Energy meningkat 4.5 sen kepada 31 sen, Leform menokok satu sen kepada 17.5 sen dan BCM Alliance jatuh setengah sen kepada 1.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.53 mata kepada 11,513.10, Indeks FBMT 100 menyusut 42.25 mata kepada 11,167.34, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 59.98 mata kepada 11,521.11, manakala Indeks FBM 70 meningkat 31.96 mata kepada 15,542.76 dan Indeks FBM ACE menokok 12.00 mata kepada 4,816.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.33 mata kepada 17,339.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.88 mata kepada 176.91, Indeks Perladangan berkurangan  19.33 mata kepada 7,163.73 manakala Indeks Tenaga meningkat 20.60 mata kepada 952.08.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak LengWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In