• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih PDB Melonjak Kepada RM943.07 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Petronas Menang Bidaan Cari Gali Blok Agua Marinha Di Brazil
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Petronas Dagangan Bhd (PDB) mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM943.07 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (TK2023) daripada RM776.59 juta setahun sebelumnya berikutan keuntungan kasar yang lebih tinggi daripada semua segmen dan pendapatan faedah.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, PDB berkata hasil berkembang kepada RM37.54 bilion daripada RM36.74 bilion didorong oleh pertumbuhan volum jualan sebanyak lapan peratus walaupun purata harga jualan menurun sebanyak enam peratus.

Keuntungan bersih bagi suku akhir dalam tinjauan meningkat kepada RM180.81 juta daripada RM144.45 juta manakala hasil meningkat kepada RM10.07 bilion daripada RM9.49 bilion, kata peruncit dan pemasar produk-produk petroleum hiliran itu.

“Walaupun menjangkakan harga minyak mentah adalah kira-kira US$80 setong sepanjang 2024, kumpulan tetap berwaspada dalam memantau turun naik pasaran dan melaraskan strategi untuk keuntungan yang mampan dalam pasaran dinamik,” katanya.

PDB juga berkata ia melihat perubahan kawal selia yang akan berlaku pada 2024, terutamanya program subsidi bersasar sebagai “menawarkan cabaran dan peluang” kepada perniagaan bahan api kumpulannya.

Dari segi pecahan prestasi segmen perniagaannya, ia berkata hasil daripada segmen runcitnya untuk tahun itu meningkat sebanyak RM1.46 bilion, disumbang terutamanya oleh volum jualan yang lebih tinggi sebanyak lapan peratus seiring dengan permintaan yang lebih tinggi.

Segmen itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi TK2023 berjumlah RM792.8 juta, meningkat RM33.8 juta berbanding tahun lalu, disumbangkan oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi daripada minyak kenderaan dan diesel sejajar dengan volum jualan yang lebih tinggi.

Peningkatan itu bagaimanapun diimbangi oleh meningkatnya perbelanjaan operasi berkaitan volum dan pendapatan lain yang lebih rendah berikutan keuntungan daripada pelupusan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) Sarawak yang dicatatkan tahun lepas.

Bagi segmen komersial, hasil turun sebanyak RM695.9 juta berikutan purata harga jualan lebih rendah 11 peratus walaupun volum jualan adalah sembilan peratus lebih tinggi.

PBT untuk segmen itu merekodkan RM516.5 juta, meningkat RM167.5 juta berbanding tahun lalu, disumbangkan oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi daripada minyak Jet A1 dan peningkatan volum, serta pendapatan faedah.

Bagi segmen perniagaan serbaneka, hasil dicatatkan ialah pada RM251 juta, meningkat RM30.1 juta susulan daripada permintaan yang lebih tinggi untuk produk-produk yang ditawarkan oleh Kedai Mesra dan Café Mesra. PBT untuk segmen berkenaan meningkat kepada RM27.2 juta, disebabkan oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi.

— BERNAMA 

Tags: komersialLPGPDBruncitserbaneka
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In