• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Takaful Malaysia Bagi Tahun Kewangan 2023 Naik Kepada RM346.91 Juta

in Catalyst
A A
Takaful Malaysia Umum Dividen Interim 13.5 Sen Bagi Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 meningkat kepada RM346.91 juta daripada RM282.85 juta pada tahun kewangan 2022.

Perolehan menokok kepada RM3.45 bilion daripada RM3.00 bilion sebelum ini, didorong oleh perolehan lebih tinggi yang diraih oleh perniagaan takaful keluarga dan takaful am, kata penyedia insurans itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Menurutnya perolehan takaful naik 14 peratus kepada RM2.94 bilion daripada RM2.57 bilion pada tahun kewangan 2022, terutamanya berikutan pendapatan caruman yang lebih tinggi sebanyak RM205.7 juta, terutamanya daripada takaful am.

Ini turut disumbangkan oleh jumlah lebih tinggi yang dikenakan untuk perlindungan takaful dan fi wakalah bagi takaful keluarga dan takaful am sebanyak RM171.9 juta dan pelepasan margin perkhidmatan berkontrak yang tinggi sebanyak RM21.6 juta.

Takaful Malaysia berkata takaful keluarga meraih perolehan takaful sebanyak RM1.55 bilion pada tahun kewangan 2023, menokok tiga peratus berbanding RM1.50 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya berikutan perolehan takaful yang lebih tinggi bagi perkhidmatan takaful yang disediakan.

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2023, keuntungan bersih meningkat kepada RM70.31 juta daripada RM67.12 juta pada suku keempat tahun kewangan 2022 manakala perolehan menokok kepada RM1.12 bilion daripada RM1.07 bilion sebelumnya.

Menurut kumpulan itu, ia akan terus mengembangkan perniagaannya menerusi kaedah yang mampan dan mesra alam serta telah melaksanakan komitmen terhadap inisiatif industri takaful mengenai pengantaraan berasaskan nilai ke arah membina ekosistem kewangan mampan.

“Oleh itu, kami telah menerapkan pendekatan bersepadu dan antara bidang untuk menguruskan kemampanan, memfokuskan kepada empat bidang utama, iaitu produk dan perkhidmatan, proses perniagaan dan budaya, pelaburan, sosial dan komuniti, untuk menjana impak mampan terhadap ekonomi, komuniti dan alam sekitar,” katanya.

Takaful Malaysia telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 14 sen sesaham biasa berkenaan tahun kewangan 2023, yang dibayar pada 2 Feb 2024.

— BERNAMA

Tags: dividenkeuntungan bersihsatu peringkattahun kewangan 2023Takaful Malaysia
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In