• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM1.87 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM1.87 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) naik 63.6 peratus kepada RM1.87 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 daripada RM1.14 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2022 dalam persekitaran kos kewangan bersih dan impak cukai yang lebih rendah.

Kumpulan telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil meningkat kepada RM12.26 bilion pada tahun kewangan 2023 daripada RM12.12 bilion sebelum ini didorong oleh prestasi kukuh Unifi dan TM Global.

“Langganan jalur lebar tetap Unifi merekodkan pertumbuhan 3.1 peratus, mencecah 3.13 juta manakala perolehan TM Global meningkat daripada permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan data domestik dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Perbelanjaan modal (capex) kumpulan bagi tahun kewangan 2023 berjumlah RM1.9 bilion atau 15.9 peratus daripada hasilnya yang bertujuan untuk mengembangkan infrastruktur rangkaian TM ke seluruh negara dan sistem kabel dasar laut serantau.

TM juga mengisytiharkan dividen interim kedua dan dividen akhir berjumlah 15.5 sen sesaham berjumlah RM594.9 juta.

Pada suku keempat tahun kewangan 2023, keuntungan bersih TM melonjak 170.6 peratus kepada RM433.53 juta berbanding RM160.18 juta yang dicatatkan pada suku yang sama bagi tahun kewangan 2022 manakala hasil meningkat 5.1 peratus kepada RM3.13 bilion berbanding RM2.98 bilion sebelum ini.

Prestasi yang lebih baik kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan dalam data, perkhidmatan Internet dan multimedia serta perkhidmatan telekomunikasi lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amar Huzaimi Md Deris berkata TM telah mengekalkan prestasinya dalam persekitaran landskap kawal selia yang mencabar, persaingan semakin sengit dan dinamik pasaran yang berkembang.

“Penyelesaian konvergen kami, dipadankan dengan pakej menarik terus menarik minat pelanggan TM, mengukuhkan kedudukan kami sebagai satu-satunya Konvergen Mudah Alih Tetap dengan ‘quad-play’ di Malaysia.

“Pegembangan secara berterusan liputan gentian kami di seluruh negara, ditambah dengan peningkatan infrastruktur data dan rangkaian juga telah menyumbang kepada pertumbuhan TM,” kata Amar Huzaimi.

Dalam telekomunikasi, ‘quadruple play’ atau ‘quad play’ ialah istilah pemasaran yang menggabungkan tiga perkhidmatan penting iaitu jalur lebar internet, televisyen dan telefon dengan ketersediaan tanpa wayar.

Beliau berkata TM kekal komited untuk mempromosikan keterangkuman digital dan penggunaan digital lebih luas dan pada masa sama memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang di peringkat domestik dan antarabangsa.

TM kini memberi tumpuan untuk berkembang menjadi pusat kuasa digital menjelang tahun 2030 dan meletakkan Malaysia sebagai hab digital untuk rantau ini, seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi masyarakat digital bersepadu sepenuhnya.

— BERNAMA 

Tags: Amar Huzaimi Md DerisdividenTelekom Malaysia BhdUnifi
Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In