• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin dalam persekitaran prestasi Wall Street bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.20 mata kepada 1,547.91 daripada 1,549.11 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.18 mata kepada 1,548.93.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 230 berbanding 221 manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,574 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka suasana pasaran akan kekal stabil dalam masa terdekat, disokong oleh keputusan kewangan korporat yang menggalakkan dan aliran masuk dana asing, walaupun dijangka terdapat aktiviti pengambilan untung.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,545-1,555 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, katanya niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) kini pada aliran meningkat, berada hanya di bawah paras RM4,000 satu tan.

“Jika niaga hadapan MSM melepasi paras RM4,000 satu tan, kami menjangka pelabur akan mengambil kedudukan dalam sektor perladangan,” katanya. 

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank merosot dua sen kepada RM9.51 manakala Public Bank, CIMB, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals, masing-masing tidak berubah pada RM4.48, RM6.41, RM11.28 dan RM6.95.  

Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated naik setengah sen kepada 2.5 sen, Dagang NeXchange menambah 1.5 sen kepada 37.5 sen, YTL Corporation meningkat tiga sen kepada RM2.50, Seng Fong dan Master Tec, masing-masing menokok 4.5 sen kepada 81.5 sen dan 58 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 7.32 mata kepada 11,512.04, Indeks FBMT 100 berkurangan 8.23 mata kepada 11,163.94, Indeks FBM Emas Shariah susut 7.19 mata kepada 11,554.59, Indeks FBM 70 turun 9.72 mata kepada 15,582.80 dan Indeks FBM ACE merosot 13.12 mata kepada 4,872.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 11.81 mata kepada 17,333.58, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.05 mata kepada 177.80 dan Indeks Perladangan susut 51.54 mata kepada 7,196.29, bagaimanapun Indeks Tenaga naik 3.98 mata kepada 933.87.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In