• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Sime Darby Property Naik Kepada RM407.91 Juta Pada Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Sime Darby Property Teroka Penyelesaian Solar Bumbung Seiring Pelancaran NETR Fasa 1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd meningkat 29 peratus kepada RM407.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 daripada RM315.84 juta pada tahun kewangan 2022.

Perolehan meningkat 25 peratus kepada RM3.44 bilion daripada RM2.74 bilion sebelum ini.

Bagi suku keempat 2023, keuntungan bersih kumpulan menokok kepada RM131.26 juta daripada RM103.15 juta berbanding tahun lepas manakala perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM956.90 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan itu dalam kenyataan hari ini berkata, ia mengakhiri tahun kewangan 2023 dengan perolehan pengasingan dan keuntungan operasi tertinggi selepas 2017, masing-masing mencecah RM3.4 bilion dan RM606.4 juta.

Sime Darby Property berkata ini menunjukkan tahun kedua berturut-turut ia memperoleh prestasi luar biasa berikutan rekod baik pada tahun kewangan 2022 sebanyak RM436.2 juta keuntungan operasi apabila kumpulan itu meraih jualan RM3.3 bilion, melepasi sasaran jualan RM2.7 bilion.

Peningkatan dalam perolehan dan keuntungan disumbangkan terutamanya oleh prestasi jualan yang teguh dan kemajuan tapak yang lebih tinggi di perbandaran utama dalam segmen pembangunan hartanah, disokong oleh sumbangan daripada aktiviti pengewangan tanah bukan teras, katanya. 

Menurutnya segmen pembangunan hartanah menyumbang 94 peratus daripada jumlah perolehan, berserta peningkatan 33 peratus tahun ke tahun bagi keuntungan sebelum cukai.

Bagi segmen pelaburan dan pengurusan aset (IAM), kadar penyewaan KL East Mall sebanyak 90 peratus menyumbang kepada perolehan segmen itu berjumlah RM107.8 juta, dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM15.8 juta manakala perolehan segmen rekreasi meningkat sebanyak 11 peratus tahun ke tahun kepada RM93.8 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Azmir Merican berkata prestasi luar biasa pada tahun lepas, selepas keputusan tahun kewangan 2022, menunjukkan kecekapan operasi dan kewangan kumpulan berikutan persekitaran operasi yang tidak menentu pada 2023 akibat kekangan rantaian bekalan, pergerakan pertukaran asing dan isu buruh.

“Kami menetapkan sasaran yang tinggi dan gembira berikutan telah jauh melebihi jangkaan ini. Prestasi kami mencerminkan kemampuan pelaksanaan kami, malah turut sama penting adalah, sasaran SHIFT25 kami terus mencatat kemajuan baik dan kekal di landasan yang betul,” katanya.

Pada masa depan, kumpulan itu berkata ia melihat tahun 2024 sebagai positif, dibuktikan dengan peningkatan jumlah jualan, pelancaran hartanah baharu, kejayaan menyiapkan serta dasar dan insentif kerajaan yang positif.

Kumpulan turut mengumumkan sasaran jualan sebanyak RM3 bilion dan pelancaran bernilai RM3.9 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) bagi tahun kewangan 2024.

“Sime Darby Property sedang meluaskan komponen runcit dan pewujudan tempat menerusi pembukaan suku kedua pusat beli-belah kedua yang dimiliki sepenuhnya, Elmina Lakeside Mall di City of Elmina.

“Kumpulan optimis mengenai peluang pertumbuhan dalam sektor ini untuk meluaskan aliran pendapatan berulang dalam jangka panjang,” katanya.

Sime Darby Property mengisytiharkan dividen satu peringkat kedua sebanyak 1.5 sen sesaham pada suku keempat, menjadikan jumlah dividen untuk tahun kewangan 2023 kepada 2.5 sen sesaham, berjumlah RM170 juta.

— BERNAMA

Tags: City of ElminaSime Darby Property
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In