• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Untung Bersih Maxis Turun Kepada RM993 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023

in Saham
A A
Maxis Sasar Jadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Lancar 5G
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Feb  (Bernama) — Keuntungan bersih Maxis Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (TK2023) turun kepada RM993 juta daripada RM1.15 bilion pada TK2022.

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM10.18 bilion daripada RM9.79 bilion setahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia telekomunikasi bersepadu itu berkata jumlah hasil meningkat empat peratus manakala pendapatan perkhidmatan asas, tidak termasuk perkhidmatan suara borong dengan margin rendah yang ditamatkan pada suku keempat 2022 (S4 2022), meningkat 4.2 peratus dari tahun ke tahun (y-o-y).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Bagi S4 2023, untung bersih syarikat turun kepada RM56 juta daripada RM233 juta pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil meningkat kepada RM2.74 bilion daripada RM2.55 bilion sebelumnya.

Maxis berkata, hasil perkhidmatannya meningkat 2.8 peratus tahun ke tahun kepada RM8.57 bilion didorong oleh pertumbuhan dalam mudah alih dan gentian pengguna, bersama dengan ketersambungan perusahaan dan penyelesaian digital.

Ini menghasilkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM3.96 bilion dan keuntungan selepas cukai (PAT) dinormalisasi sebanyak RM1.35 bilion.

PAT meningkat tiga peratus tahun ke tahun selepas kesan dan pelarasan Cukai Makmur TK2022 dan penyelesaian cukai pada TK2023.​

Hasil pascabayar pengguna meningkat sebanyak 7.5 peratus disebabkan daripada rangkaian pelan pascabayar yang meluas.

Hasil bagi prabayar pula secara relatifnya stabil pada RM2.6 bilion untuk TK2023.

Maxis merekodkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM813 juta pada TK2023, manakala aliran tunai bebas operasi pada TK2023 adalah lebih rendah, dipengaruhi oleh cukai yang lebih tinggi yang dibayar ke atas Cukai Makmur pada S1 2023, penyelesaian cukai pada S4 2023 dan bayaran pendahuluan kepada Digital Nasional Bhd di bawah perjanjian langganan saham bersyarat pada Disember 2023.

Syarikat itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak empat sen sesaham, menjadikan dividen setahun penuh kepada 16 sen sesaham.

— BERNAMA

Tags: keputusan S4 2023keputusan TK2023Maxis Bhd
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In