• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sekali lagi selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) AS tidak menurunkan kadarnya dalam masa terdekat berikutan data ekonomi yang kukuh baru-baru ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.26 mata kepada 1,549.14 daripada 1,552.40 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.69 mata kepada 1,550.71.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 180 berbanding 140 manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,723 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 226.58 juta unit bernilai RM66.76 juta.

Susulan minit mesyuarat dikeluarkan, Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan merumuskan persekitaran kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama akan berterusan dengan Fed dijangka akan mula menurunkan kadar pada separuh kedua tahun ini.

“Bulan lepas, kebanyakan pegawai Fed menyatakan kebimbangan mengenai pergerakan yang terlalu cepat untuk menurunkan kadar faedah.

“Minit mesyuarat FOMC sebelum ini menunjukkan penggubal dasar peka terhadap trajektori inflasi, dengan sebahagian menyuarakan kebimbangan bahawa kemajuan ke arah sasaran inflasi 2.0 peratus oleh bank pusat boleh terjejas,” katanya.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Tenaga Nasional berkurangan 10 sen kepada RM11.28, IHH Healthcare merosot tiga sen kepada RM6.17 dan PPB susut 16 sen kepada RM15.34.

YTL dan Maxis pula, masing-masing meningkat satu sen kepada RM2.23 dan RM3.80.

Bagi saham aktif, Reneuco naik satu sen kepada 10.5 sen, Hong Seng meningkat setengah sen kepada 2.5 sen dan Avaland menambah 2.5 sen kepada 29 sen manakala TWL dan Datasonic, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 47.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 12.55 mata kepada 11,509.28, Indeks FBMT 100 merosot 12.99 mata kepada 11,162.98, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 10.56 mata kepada 11,572.25 dan Indeks FBM ACE jatuh 7.02 mata kepada 4,830.47 manakala Indeks FBM 70 naik 25.06 mata kepada 15,540.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 23.62 mata kepada 17,352.54, Indeks Perladangan susut 1.09 mata kepada 7,327.77, Indeks Tenaga berkurangan 0.53 mata kepada 934.24 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.19 mata kepada 177.47 manakala Indeks Hartanah naik 1.43 mata kepada 926.30.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIFOMC
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In