• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KPJ Healthcare Sasar Keluar Dari Pasaran Australia Dalam Tempoh Dua Tahun

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM22.19 Juta, Umum Dividen 0.25 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — KPJ Healthcare Bhd menyasarkan untuk keluar dari pasaran penjagaan kesihatan Australia dalam tempoh dua tahun, kata Presiden dan Pengarah Urusannya Chin Keat Chyuan.

Syarikat itu pada masa ini mengendalikan perniagaan desa persaraan dalam pasaran itu selepas menjual operasi penjagaan warga emasnya pada Disember 2023.

“Kami belum menemui pembeli lagi. Mudah-mudahan, dalam tempoh 12 hingga 24 bulan, sebaik sahaja kami mempunyai pembeli, kami akan menamatkan perniagaan di Australia,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kewangan suku keempat 2023 di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Chin berkata syarikat itu akan terus menilai semua operasi antarabangsanya di samping memberikan tumpuan sepenuhnya kepada operasi di Malaysia.

Beliau berkata dalam mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan perniagaan di lokasi atau negara tertentu, syarikat itu akan sentiasa menilai kebolehlaksanaan, daya maju dan fleksibiliti.

Selain Australia, KPJ Healthcare mempunyai perniagaan di luar negara di Bangladesh dan Thailand, manakala dua tahun lepas, ia keluar dari pasaran Indonesia.

Pada 2023, KPJ Healthcare berjaya memuktamadkan penjualan operasi hospitalnya di Indonesia, Rumah Sakit Medika Bumi Serpong Damai, kepada PT Nusautama Medicalindo, menjana hasil tunai berjumlah RM156.7 juta.

Mengenai prestasi perniagaan di Bangladesh, Chin berkata setakat ini ia baik dan tidak mengalami kerugian, manakala bagi Thailand pada masa ini ia menguntungkan.

Ini kerana di Thailand syarikat itu hanya bertindak sebagai pelabur dan akan mengekalkan perniagaan di sana.

“Ini gambaran tahap perniagaan antarabangsa kami pada masa ini. Jadi, 95-98 peratus perniagaan kami pada masa hadapan adalah di Malaysia.

“Kami mempunyai sejumlah 29 hospital di Malaysia, dan satu sedang dalam pembinaan. Mengapa membina lebih banyak hospital di luar negara sedangkan kami boleh membawa pesakit ke Malaysia dan menggunakan kemudahan serta tenaga kerja kami di sini,” katanya.

— BERNAMA

Tags: antarabangsaAustraliaBangladeshChin Keat ChyuanIndonesiaKPJ HealthcareMalaysiaThailand
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In