• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Keuntungan Bersih Sime Darby Melonjak Kepada RM2.29 Bilion Pada Suku Kedua

in Saham
A A
Langkah Pengambilalihan Terkini Oleh Sime Darby Satu Strategi Pembelbagaian Yang Baik – CGSCIMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2023 melonjak kepada RM2.29 bilion berbanding RM389 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepada RM15.55 bilion, atau 37.7 peratus lebih tinggi, daripada RM11.29 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Sime Darby berkata peningkatan ketara keuntungan bersih itu disumbang sebahagian besarnya oleh keuntungan sebanyak RM2 bilion daripada penjualan Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (RSDH) pada Disember 2023. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Keuntungan bersih teras bagi suku tersebut, tidak termasuk keuntungan penjualan, berjumlah RM269 juta atau peningkatan 7.2 peratus daripada suku yang sama tahun lepas,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jeffri Salim Davidson berkata dengan selesainya penjualan RSDH itu yang menandakan berakhirnya perniagaan penjagaan kesihatannya, kumpulan tersebut akan menumpukan sepenuhnya kepada pertumbuhan dua perniagaan terasnya, iaitu perindustrian dan motor.

“Kami juga menyelesaikan pengambilalihan UMW Holdings Bhd. Kami sangat teruja  dengan pengambilalihan ini, kami akan menambah dua jenama terkemuka, Toyota dan Perodua, ke dalam portfolio kami, membantu kami mengembangkan pendapatan kami dan memanfaatkan nilai selanjutnya untuk kumpulan.

“Usaha sedang dijalankan bagi memastikan penyepaduan UMW yang lancar dan berkesan ke dalam keluarga Sime Darby,” katanya.

Bagi tempoh separuh pertama berakhir 31 Dis, 2023, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi berjumlah RM2.88 bilion berbanding RM596 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM29.53 bilion berbanding RM23.47 bilion.

Dalam makluman berasingan, kumpulan itu mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 3.0 sen sesaham, yang akan dibayar pada 27 Mac, 2024.

— BERNAMA

Tags: hasilRamsay Sime Darby Health CareSime Darbysuku kedua tahun kewangan 2024UMW Holdingsuntung bersih
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In