• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CelcomDigi Catat Lonjakan Dalam Untung Bersih Suku Keempat Kepada RM435.11 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga CelcomDigi Melonjak Kepada RM455.72 Juta, Umum Dividen 3.3 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — CelcomDigi Bhd mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM435.11 juta pada suku keempat (S4) berakhir 31 Dis, 2023, berbanding RM127.36 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu mengaitkan pendapatannya yang lebih tinggi terutamanya disebabkan susut nilai yang lebih rendah susulan pengurangan dalam nilai saksama aset bersih bagi penilaian akhir perlaksanaan peruntukan harga belian semasa suku tersebut.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM3.27 bilion daripada RM2.18 bilion sebelumnya, didorong oleh peningkatan jualan peranti dan hasil perkhidmatan.

Bagi setahun penuh (TK2023), keuntungan bersih CelcomDigi melonjak kepada RM1.55 bilion daripada RM848.03 juta pada tahun sebelumnya apabila hasil melonjak kepada RM12.68 bilion daripada RM6.77 bilion, terutamanya didorong oleh jualan peranti dan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi.

“Hasil perkhidmatan tumbuh sebanyak 0.4 peratus kepada RM10.86 bilion disumbangkan oleh hasil lebih tinggi daripada segmen prabayar dan gentian rumah, di samping pertambahan asas pelanggan. Bagaimanapun, segmen pascabayar terjejas oleh pengurangan kadar kesalingsambungan berkuat kuasa Mac 2023, walaupun diimbangi oleh aktiviti perayauan yang lebih baik,” katanya.

Mengenai prospek untuk 2024, CelcomDigi berkata ia akan kekal teguh dalam mempercepatkan integrasi rangkaian dan inisiatif pemodenannya.​

“Perjalanan transformatif untuk model pengoperasian sedang dilaksanakan, yang menekankan kepada kecemerlangan operasi dan mengutamakan pengalaman pelanggan. Kesannya ialah kos integrasi yang lebih tinggi dijangka berlaku,” tambahnya.

Tanpa sebarang keadaan diluar jangka dan kesan tidak menentu daripada pelaksanaan rangkaian dwi 5G, CelcomDigi menjangkakan hasil perkhidmatannya mencatatkan peningkatan satu digit yang rendah dengan nisbah perbelanjaan modal (capex) kepada jumlah hasil sebanyak 15 peratus hingga 18 peratus.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, CelcomDigi berkata ia telah berjaya mencapai semua penanda aras integrasi bagi tahun pertama pada 2023 yang membolehkan syarikat itu merealisasikan sinergi kasar melebihi RM300 juta pada TK2023.​

CelcomDigi menyelesaikan sasaran integrasi dan pemodenan rangkaiannya sebanyak 35 peratus, mendahului rancangan awalnya sebanyak 30 peratus menjelang akhir 2023.

Syarikat itu juga telah memodenkan lebih 5,600 tapak setakat Disember 2023, membolehkan pelanggan di kawasan pasca penggabungan kini menikmati kelajuan muat turun yang lebih baik di antara 20 peratus dan 26 peratus, dan kekuatan isyarat yang lebih baik di antara 13 peratus dan 16 peratus, katanya.

Pada suku keempat tahun lepas, CelcomDigi melabur RM1.01 bilion dalam capex, menjadikan jumlah capex kepada RM1.75 bilion, diterjemahkan kepada intensiti capex sebanyak 13.8 peratus pada TK2023.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu mencapai kemajuan yang ketara dengan mengintegrasikan banyak bidang perniagaan, mencapainya dengan gangguan yang minimum kepada pengalaman pelanggan sambil bersaing secara berkesan untuk memimpin pasaran.

 “Pelaksanaan segala usaha ini pasaran dan kecemerlangan operasi yang kukuh membolehkan kami menyampaikan prestasi yang kukuh dan nilai pemegang saham selaras dengan panduan TK2023 kami,” tambahnya.

Sehubungan itu, CelcomDigi mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 3.5 sen sesaham atau jumlah dividen TK2023 sebanyak 13.2 sen sesaham, sejajar dengan komitmen dividen progresifnya kepada para pemegang saham.​

Sementara itu, pada sidang media di ibu pejabat kumpulan tersebut di Petaling Jaya, Idham berkata CelcomDigi akan menumpukan fokusnya kepada mengembangkan purata hasil setiap akaun (ARPA) dan bukannya purata hasil setiap pengguna (ARPU) bagi menyokong pertumbuhan hasil daripada segmen pascabayar.

ARPA secara amnya membina asas pelanggan CelcomDigi sedia ada yang melebihi 20.6 juta pelanggan setakat ini, dan membuat mereka melanggan lebih banyak perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan seperti pelan keluarga, pelan gentian rumah dan perkhidmatan lain.

“Apabila pasaran telah mencapai tahap tertentu bahawa setiap pelanggan baharu yang kami bawa akan menjadikan ARPU yang lebih rendah — sebagai contoh, kami bercakap tentang membawa kanak-kanak ke dalam pakej — kami menggabungkan ini dan kami sedang mengkaji ARPA, ” katanya.

Selain itu, Idham berkata CelcomDigi dijangka membuat lebih banyak pelaburan untuk pelaksanaan fasa dua dan tiga dalam proses integrasinya.

“Pada 2023, ia bukannya 30 peratus seperti yang disasarkan, kami mencapai 35 peratus untuk proses integrasi kami. Kami masih mengejar 40 peratus sasaran integrasi siap pada 2024 dan 25 peratus lagi pada 2025,” katanya.

— BERNAMA

Tags: CelcomDigidividenKeputusanpascabayarsetahun penuhsusut nilai
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In