• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Terus Berada Pada Paras Tertinggi Sejak 2022

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat secara sederhana dalam dagangan awal pada Isnin untuk meneruskan dagangan pada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan apabila minat belian terus mendominasi pasaran tempatan, disokong oleh musim pelaporan pendapatan yang akan datang.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 0.24 mata kepada 1,533.79 daripada 1,533.55 pada Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka rendah 0.20 mata kepada 1,533.35.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 178 berbanding 158 manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,669 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 246.41 juta unit bernilai RM55.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi sejak Jun 2022 berikutan belian oleh dana asing yang berterusan.

“Berdasarkan pasaran AS menghadapi pelbagai cabaran, difahami apabila beberapa dana akan memasuki rantau ini untuk mendapatkan kestabilan.

“Kami mendapati penyertaan runcit kekal rendah dan akan meningkat pada minggu ini apabila semua orang kembali bekerja. Pada hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,535-1,545,” katanya kepada Bernama.

Wall Street susut apabila data inflasi lebih tinggi daripada jangkaan menyebabkan peniaga berasa bimbang dengan kemungkinan Rizab Persekutuan akan menangguhkan penurunan kadar.

Dow Jones Index Average merosot 145 mata manakala Nasdaq berkurangan 130 mata berikutan hasil 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.281 peratus.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya menjangka peniaga mencari peluang dalam syarikat yang berkembang dari segi asas dalam Malaysia ke arah musim pelaporan pendapatan korporat.

“Kami memilih sektor pengguna serta minyak dan gas. Sementara itu, perkara seperti potensi pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura dan beberapa projek pembinaan dijangka memberi prospek baik kepada sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan tenaga boleh baharu.

“Gesaan kepada cadangan mereka bentuk, melaksana dan mengekalkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional pada tahun lepas boleh menjangkakan minat dagangan dalam sektor teknologi berikutan lebih 10 syarikat telah mengemukakan cadangan mereka,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL naik tiga sen kepada RM2.21, KLK meningkat 20 sen kepada RM22.74 dan YTL Power menambah dua sen kepada RM3.84.

Maybank berkurangan dua sen kepada RM9.41 dan Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM6.85.

Bagi saham aktif, TWL, Pan Malaysia dan Destini, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen, 14 sen dan 5.0 sen.

Hong Seng naik setengah sen kepada 2.5 sen dan Minetech menambah satu sen kepada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.12 mata kepada 11,409.38, Indeks FBMT 100 naik 1.17 mata kepada 11,054.77 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.05 mata kepada 11,465.54.

Indeks FBM 70 merosot 0.81 mata kepada 15,400.00 dan Indeks FBM ACE susut 0.86 mata kepada 4,904.43. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 22.42 mata kepada 17,194.13, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.53 mata kepada 175.58, Indeks Perladangan menambah 13.70 mata kepada 7,267.93 dan Indeks Tenaga meningkat 0.38 mata kepada 895.46.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIFedpendapatan
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In