• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia, IDX, SET dan SGX Bekerjasama Pacu Pembangunan Lestari

in Saham
A A
Bursa Malaysia, IDX, SET dan SGX Bekerjasama Pacu Pembangunan Lestari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Bursa dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura telah bekerjasama dalam Ekosistem Kemapanan ASEAN-Interconnected (ASEAN-ISE) untuk memajukan pembangunan mampan ASEAN melalui pelaksanaan metrik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang sama dalam infrastruktur data masing-masing.

Bursa yang terlibat adalah Bursa Malaysia Bhd, Bursa Saham Indonesia (IDX), Bursa Saham Thailand (SET) dan Bursa Singapura (Kumpulan SGX), Bursa Malaysia akan berperanan sebagai Sekretariat ASEAN-ISE untuk memudahkan pelaksanaan kejayaan objektifnya.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, bursa yang terlibat berkata hasil yang diharapkan daripada inisiatif ASEAN-ISE termasuk mewujudkan ekosistem ESG bersepadu untuk menggalakkan kemajuan pembangunan mampan di ASEAN dan membolehkan bursa yang menyertainya mencapai skala ekonomi melalui kecekapan kos dan masa-ke-pasaran lebih pantas dengan penyelesaian yang sesuai untuk tujuan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Bursa yang mengambil bahagian telah bersetuju mengenai hasil kerjasama yang didorong oleh hasil yang mengambil kira pertimbangan tempatan dan tahap kematangan pasaran masing-masing sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ASEAN-ISE.

“Secara ketara, bursa berkenaan akan komited untuk mengguna pakai dan melaksanakan ‘ASEAN Exchanges Common ESG Metrics’ dalam platform pelaporan ESG mereka,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata perkembangan terbaru itu sejajar dengan hasrat Bursa Malaysia untuk meluaskan penyertaan daripada bursa saham di rantau ASEAN dan melangkaui rantau berkenaan.

“Bersama-sama, kami membayangkan ekosistem yang terbuka dan inklusif iaitu bursa yang mengambil bahagian di ASEAN mengendalikan infrastruktur data yang dipercayai dan diselaraskan secara asasnya.

“Ini akan disokong oleh set komprehensif penyelesaian berasaskan modular, sesuai untuk tujuan dan cekap kos yang boleh digunakan sebagai tindak balas kepada keperluan dan syarat pasaran khusus bursa saham yang menyertainya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bursa yang mengambil bahagian akan bersidang semula untuk memuktamadkan butiran pelaksanaan sebelum membentuk Rangka Kerja Tadbir Urus dan Struktur Operasi ISE pada Mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif Bursa saham ASEAN ke-37 yang dijadual berlangsung pada Julai tahun ini di Malaysia.

Bursa saham lain yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ASEAN-ISE boleh menghubungi Bursa Malaysia di [email protected]. 

— BERNAMA

Tags: ASEAN-ISEBursa Malaysiapembangunan lestari
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In