• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Suram Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam apabila dibuka rendah pada awal dagangan Rabu selepas penyusutan semalaman Wall Street apabila angka inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) mengatasi jangkaan awal, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan bagi penurunan kadar faedah yang lebih awal.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.

Indeks petunjuk utama itu dibuka turun 3.58 mata kepada 1,527.79.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 238 berbanding 67 manakala 208 kaunter tidak berubah, 1,787 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 128.9 juta unit bernilai RM46.44 juta.

Wall Street merosot selepas data inflasi pengguna bagi Januari 2024 ternyata mengatasi jangkaan, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan mengenai langkah penurunan kadar faedah bagi tempoh lebih awal. 

Dow Jones turun 1.35 peratus kepada 38,272.75 manakala Nasdaq susut 1.80 peratus untuk ditutup pada 15,655.60 dan S&P 500 menguncup 1.37 peratus untuk ditutup pada 4,953.17.

Sementara itu Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee berkata FBM KLCI berjaya melepasi paras 1,520 apabila ditutup melebihi paras 1,530 semalam berikutan pembelian berterusan saham-saham mewah oleh dana asing.

“Walaupun jumlah harian kekal rendah, kami percaya jika perkembangan itu berterusan, mudah tunai akan terus meningkat dan menarik kehadiran semula peruncit,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Beliau juga menjangkakan dagangan hari ini akan menyaksikan indeks utama bergerak dalam julat 1,525-1,535 berikutan sentimen yang berhati-hati susulan prestasi semalaman Wall Street.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM9.40; Public Bank turun satu sen kepada RM4.39; CIMB merosot lima sen kepada RM6.29; Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM11.04 dan Petronas Chemicals rugi satu sen kepada RM6.83.

Saham aktif termasuk Bintai Kinden tidak berubah pada 7.5 sen; Widad sebaliknya menokok setengah sen kepada 12.5 sen; YNH Property menambah satu sen kepada 68.5 sen manakala waran Tanco tidak berubah pada 29.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 25.97 mata kepada 11,348.03; Indeks FBMT 100 susut 24.59 mata kepada 11,005.20; Indeks FBM 70 merosot 32.93 mata kepada 15,301.38; Indeks FBM Emas Shariah turun 22.52 mata kepada 11,390.12 dan Indeks FBM ACE kehilangan 26.50 mata kepada 4,807.02.  

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Hartanah turun 4.45 mata kepada 923.11; Indeks Perladangan merosot 12.82 mata kepada 7,263.81 dan Indeks Tenaga berkurangan 0.70 mata kepada 890.70.

Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 39.85 mata kepada 17,108.41 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.23 mata kepada 174.53. 

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsesi awal
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In