• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Belian Asing Pacu FBM KLCI Naik 1.26 Peratus, Indeks Komposit Tertinggi Dalam 20 Bulan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-Turut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih tinggi yang merentasi semua papan pada Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan atau sejak Jun 2022, dipacu oleh belian kukuh daripada pelabur asing.

Pada 5 petang, indeks penanda aras itu melonjak 19.09 mata kepada 1,531.37 daripada paras 1,512.28 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti ganti bagi Tahun Baharu Cina.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Awal hari ini, FBM KLCI memulakan dagangan dengan menokok 0.35 mata kepada 1,512.63 dan berlegar dalam jajaran 1,512.63 hingga 1,533.16 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 634 berbanding 297 manakala 425 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 927 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pembeli asing giat menyertai dagangan hari ini, termasuk melakukan pembelian saham-saham mewah.

“Dana-dana asing dilihat mula mengalir semula ke rantau ini,” katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa pasaran Hong Kong dan China masih ditutup bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, indeks FBM KLCI telah melepasi paras rintangan 1,527 dengan sokongan kukuh daripada dana-dana asing.

“Sehubungan itu, kami kekal optimis secara berhati-hati terhadap (prospek) pasaran saham tempatan, dipacu oleh penilaian terhadapnya yang menarik serta sokongan berterusan daripada aliran masuk dana asing walaupun pada masa sama kami tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti pengambilan untung.

“FBM KLCI dijangka mencatat lonjakan seterusnya sekiranya berupaya mengekalkan kedudukan melebihi paras 1,527 bagi tempoh lebih lama. Kami mengunjurkan indeks itu bergerak dalam aliran 1,520-1,540 pada minggu ini,” katanya.

Terdahulu, MIDF Research melaporkan bahawa pelabur asing mengekalkan belian bersih di Bursa Malaysia dengan aliran masuk RM400.7 juta yang merupakan pembelian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut.

Menerusi Laporan Aliran Dana untuk minggu yang berakhir pada 9 Feb 2024, cabang penyelidikan itu berkata pelabur asing merekodkan belian bersih setiap hari dan Selasa mencatat aliran masuk tertinggi yang berjumlah RM188.9 juta.

Dalam pada itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata lonjakan FBM KLCI pada hari ini dipacu terutamanya oleh prestasi kukuh yang dicatatkan oleh sektor perbankan, tenaga dan perladangan.

“Momentum kenaikan Wall Street juga mungkin berperanan dalam melonjakkan indeks utama itu ketika S&P 500 mencecah paras tertinggi dan melepasi 5,000 mata. Ini berlaku ketika pelabur menunggu pengumuman data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) pada (lewat) petang ini,” katanya.

Sementara itu, Redtone Digital menjadi tumpuan susulan kejayaannya memperoleh kontrak MyGovUC 3.0 selama 60 bulan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia yang bernilai kira-kira RM398.1 juta.

Kaunter saham syarikat itu ditutup pada harga RM1.04 hari ini, paras tertinggi sejak 2005 dengan 11.7 juta saham saling berpindah tangan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung 18 sen kepada RM9.44; TNB melonjak 30 sen kepada RM11.08; CIMB meningkat 15 sen pada RM6.34; Petronas Chemicals meraih 13 sen kepada RM6.84 manakala Public Bank naik lima sen pada RM4.40. 

Bagi saham aktif, Widad menambah satu sen kepada 13 sen; YNH Property menokok enam sen kepada 67.5 sen; TWL naik setengah sen kepada empat sen manakala MYEG meningkat 1.5 sen pada 81 sen dan Reneuco kekal pada 5.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas melonjak 128.99 mata lebih tinggi pada 11,374.01 manakala Indeks FBMT 100 menambah 125.28 mata kepada 11,029.79; Indeks FBM 70 naik 123.98 mata kepada 15,334.31; Indeks FBM Emas Syariah meraih 126.46 mata kepada 11,412.64 dan Indeks FBM ACE meningkat 11.31 mata kepada 4,833.52. 

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Hartanah naik 15.21 mata kepada 927.56; Indeks Perladangan menokok 84.47 mata kepada 7,276.63 dan Indeks Tenaga meningkat 3.44 mata kepada 891.40.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 267.29 mata kepada 17,148.26 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.07 mata kepada 174.46.  

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.57 bilion unit bernilai RM1.93 bilion daripada 1.08 bilion unit bernilai RM933.56 juta Jumaat lepas.   

Selain itu, jumlah waran berkurangan kepada 205.28 juta unit bernilai RM27.91 juta daripada 448.53 juta unit bernilai RM71.83 juta pada Jumaat lepas. 

Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya menokok kepada 332.83 juta saham bernilai RM85.91 juta daripada 325.18 juta saham bernilai RM88.91 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 231.98 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (372.47 juta); pembinaan (144.36 juta); teknologi (143.75 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (69.2 juta); hartanah (277.6 juta); perladangan (17.36 juta); REIT (20.60 juta), dana tertutup (16,100); tenaga (98.54 juta); penjagaan kesihatan (50.49 juta); telekomunikasi dan media (37.0 juta); pengangkutan dan logistik (27.6 juta) serta utiliti (78.21 juta).

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In