• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Perdana Petroleum Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM14.3 Juta

in Catalyst
A A
Perdana Petroleum Kembali Pulih, Catat Keuntungan Bersih RM11.39 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Perdana Petroleum Bhd, Perdana Nautika Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak bernilai RM14.3 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan marin luar pesisir itu berkata Perdana Nautika menerima arahan kerja daripada ROC Oil (Sarawak) Sdn Bhd untuk penyediaan kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS) bernilai RM8.4 juta. .

Ia berkata tempoh kontrak berkenaan adalah sehingga 120 hari, bermula minggu pertama Januari 2024 dengan diberi pilihan untuk melanjutkan sehingga 30 hari dari tarikh permulaan.

“Perdana Nautika akan menyediakan kapal AHTS dengan kru dan peralatan untuk melaksanakan perkhidmatan 24 jam secara berterusan bagi tujuan membantu dan/atau melakukan penyelenggaraan terhadap pelantar penggerudian, pemasangan luar pesisir, ‘derrick barges’ (bot kerja penginapan), menunda dan kerja berlabuh di Sarawak,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Perdana Nautika turut menerima surat anugerah daripada T7 Marine Sdn Bhd untuk penyediaan tongkang kerja penginapan (AWB( bernilai RM5.9 juta.

Ia berkata kontrak itu akan bermula antara 6-20 Feb 2024, untuk tempoh sehingga 50 hari dengan pilihan untuk lanjutan kontrak.

“Perdana Nautika akan menyediakan satu unit AWB dengan kru dan peralatan untuk melaksanakan perkhidmatan berterusan mengikut skop kerja yang dipersetujui untuk membantu aktiviti projek T7 Marine,” katanya.

Menurut Perdana Petroleum, kedua-dua kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

— BERNAMA

Tags: Perdana NautikaPerdana PetroleumSarawak
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In