• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Revenue Group, NSS IT Solution Perkukuh Sistem Pembayaran Terbuka KTMB

in Catalyst
A A
Revenue Group, NSS IT Solution Perkukuh Sistem Pembayaran Terbuka KTMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Revenue Group Bhd, penyedia penyelesaian pembayaran, dan NSS IT Solution Sdn Bhd kini memperkukuh kepentingan perkongsian dipacu teknologi dalam merevolusikan pembayaran transit melalui sistem pembayaran terbuka Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Dalam kenyataan bersama pada Jumaat, Revenue Group dan NSS IT Solution menjelaskan teras utama sistem pembayaran terbuka KTMB yang baharu dilancarkan itu terletak pada penyelesaian terjamin dan inovatif yang disediakan oleh kedua-dua syarikat.

“Kedua-dua syarikat melaksanakan peranan penting dalam membawa visi KTMB menjadi kenyataan meliputi butiran pengaturcaraan yang rumit sehingga pemprosesan data serta infrastruktur,” menurut kedua-dua pihak.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Eksekutif Revenue, Teh Chee Hoe berkata penyelesaian pembayaran termaju syarikat itu, dengan kerjasama NSS IT Solution, menyediakan sistem yang teguh dan serba boleh, melangkau perjalanan kereta api untuk memenuhi spektrum pengangkutan awam yang lebih luas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NSS IT Solution, Kenny Tan berkata projek itu menunjukkan kelebihan kerjasama dalam industri teknologi dengan menyepadukan sistem Kutipan Tambang Automatik dan Pintu Kawalan Akses dengan penyelesaian pembayaran Revenue Group.

“Kami berjaya membangunkan satu sistem terjamin dan boleh suai yang memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang merentas pelbagai mod transit,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) KTMB, yang kini tersedia di semua stesen Lembah Klang dan semua stesen Komuter Utara termasuk Ipoh, melibatkan 80 stesen.

Beliau berkata sistem itu membolehkan pengguna membuat pembayaran perjalanan menggunakan kad debit, kat kredit dan pembayaran digital e-dompet itu di pintu kawalan automatik sekali gus memudahkan proses pembayaran dengan mengambil masa sesingkat satu hingga lima saat.

Usaha itu akan mengubah pembayaran transit bukan sahaja untuk kereta api malah juga untuk semua jenis pengangkutan awam, menawarkan fleksibiliti kepada penumpang untuk membayar perjalanan mereka menggunakan pelbagai kaedah pembayaran digital.

— BERNAMA

Tags: digitalKTMBNSS IT Solution Sdn BhdRevenue Group Bhdsistem pembayaran terbuka
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In