fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

AGX Group Mula Disenarai Di Pasaran ACE Pada 41 Sen

in Saham
A A
AGX Group Mula Disenarai Di Pasaran ACE Pada 41 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — AGX Group Bhd memulakan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 41 sen dengan mencatat premium sebanyak enam sen atau 17.14 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 35 sen. 

Pada loceng pembukaan, kaunter menyaksikan sebanyak 6.87 juta saham saling berpindah tangan.

Sebelum ini  pada 26 Januari lepas, penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik aeroangkasa melaporkan sahamnya yang tersedia untuk permohonan orang awam Malaysia, telah terlebih langgan sebanyak 15.43 kali.

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

Syarikat itu akan memanfaatkan hasil kasar sebanyak RM33.78 juta yang dijangka diperoleh melalui IPO itu, termasuk masing-masing RM16.44 juta bagi tujuan modal kerja dan RM8.70 juta untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia dan Korea Selatan dengan membuka  gudang dan pejabat baharu di Pulau Pinang dan Johor Bahru selain di Busan, Korea Selatan.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperuntukkan RM4.14 juta bagi tujuan bayaran balik pinjaman bank dan RM4.5 juta untuk perbelanjaan penyenaraian. 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ponnudorai Periasamy berkata kumpulan itu merancang untuk membuka sebuah gudang baharu di Pelabuhan Tanjung Pelepas yang terletak kira-kira 21 kilometer dari gudangnya di Singapura.

“Saya melihatnya sebagai langkah strategik yang baik berikutan projek Sistem Transit Aliran Ringan (RTS) Johor Bahru–Singapura yang kini siap 65 peratus. 

“Di samping itu, terdapat memorandum persefahaman antara Singapura dan Johor bagi (pembangunan) zon ekonomi khas dan Johor-Singapura. Oleh itu, tindakan membuka sebuah gudang di sana akan melengkapkan lagi operasi kami di Singapura,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaaraian syarikat itu di sini, hari ini.

Mengulas rancangan AGX membuka gudang di Pulau Pinang, Ponnudorai berkata ini bertepatan dengan ciri negeri itu yang mempunyai kemudahan lapangan terbang, pelabuhan serta industri semikonduktor dan pembuatan yang mantap.

“Kami sememangnya ada pelanggan di sana tetapi tidak dapat menawarkan perkhidmatan sepenuhnya kerana tiada pejabat atau sebarang kehadiran di bahagian utara Malaysia. Oleh itu, mempunyai cawangan di Pulau Pinang adalah sebahagian daripada rancangan masa depan kami,” katanya.

Beliau turut berkongsi berkongsi mengenai perkembangan operasi gudang syarikat itu di Busan, Korea Selatan.

“Kami akan membuka kemudahan itu Busan, Korea Selatan. Pada masa ini, pejabat Korea Selatan adalah bagi pengangkutan laut sedangkan Busan merupakan bandar pelabuhan yang dapat mendekatkan lagi kami dengan pelanggan, termasuk mendapat pelanggan baharu,” katanya. 

Menyentuh sasaran pasarannya, beliau berkata AGX telah pun memasuki Asean iaitu Singapura, Malaysia, Filipina, Myanmar dan Kemboja. 

Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia, Thailand dan Vietnam berikutan jumlah penduduk serta pasaran yang besar. 

AGX Group merupakan penyedia perkhidmatan logistik pihak ketiga (3PL) yang merangkumi penghantaran barangan melalui laut dan udara, logistik aeroangkasa, pergudangan dan 3PL lain selain perkhidmatan menerusi jalan darat.

— BERNAMA 

Tags: AGXBursa Malaysiapasaran ACEPonnudorai Periasamy
Share206ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

14 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

20 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In