• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Laksana Kajian Dengan IHI Rintis Projek Pembakaran Bersama Untuk Gerak Agenda Peralihan Tenaga

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd melaksanakan kajian bersama dengan IHI Corporation (IHI) dari Jepun untuk merintis peringkat awal projek pembakaran bersama di dua loji janakuasanya di Lumut, Perak dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek tersebut dijalankan oleh anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dan TNB Fuel Services Sdn Bhd (TNBF) yang berpengalaman dalam perolehan bahan api untuk stesen janakuasa di Malaysia.

Menurut syarikat utiliti nasional itu, IHI mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam menukar pembakaran bahan api konvensional kepada neutral karbon termasuk biomas dan ammonia beberapa loji janakuasa pelanggannya di Jepun, Malaysia dan Indonesia. 

TNB berkata projek pembakaran bersama itu kini berada di fasa Front-End Engineering Design (FEED) yang dimulakan sejak 30 Ogos, 2023, untuk mengesahkan kebolehlaksanaan teknologi tersebut termasuk penentuan spesifikasi teknikal, menentukan kadar pengimbangan pelepasan karbon, strategi perolehan bahan api dan penilaian kebolehlaksanaan teknologi yang dipilih.

“Fasa FEED dijangka selesai pada April tahun ini manakala pembakaran bersama peringkat awal dijadualkan pada suku ketiga 2026 selepas kerja pengubahsuaian stesen janakuasa itu selesai. 

“Inisiatif ini selaras dengan sasaran pengurusan karbon TNB iaitu pelepasan Karbon Dioksida (CO2) 0.35 tan CO2 per jam megawatt (t-CO2/MWh) menjelang 2035,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Baharin Din berkata projek pembakaran bersama itu menandakan kemajuan dalam komitmen TNB terhadap kelestarian dengan peralihan daripada ujian makmal kepada pelaksanaan kajian di stesen janakuasa. 

“Selepas berjaya dengan ujian pembakaran satu peratus biomas, TNB melangkah ke peringkat seterusnya dengan memperkenalkan pembakaran bersama melibatkan satu peratus ammonia dan dua peratus biomas. 

“Pembakaran bersama satu peratus ammonia dan dua peratus biomas ini dijangka mampu menampung pelepasan karbon setara dengan 71,000 kereta penumpang setahun, memperlihatkan impak positif terhadap alam sekitar,” katanya. 

Malah, percubaan pembakaran bersama satu peratus biomas (pellet EFB) berjaya dilaksanakan di Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz (SJTM) di Port Dickson antara 10 hingga 14 September, 2023, sekali gus mengesahkan kebolehlaksanaan projek ini dengan iklim tempatan. 

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaTNB
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In