• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Minat Belian Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada Isnin, dipacu oleh sokongan belian yang berterusan, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.08 mata kepada 1,517.66 daripada 1,516.58 pada akhir dagangan Jumaat lepas. 

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 0.67 mata pada 1,515.91.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 131 berbanding 116 manakala 210 kaunter tidak berubah;  1,779 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 78.64 juta unit bernilai RM21.62 juta.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikannya menjangkakan sokongan belian terhadap bursa tempatan itu akan berterusan pada minggu ini.

“Bagi tempoh itu, pasaran akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan ISM Amerika Syarikat (AS) dan data tuntutan pengangguran pada Khamis,” katanya.

Malah, Malacca Securities menyifatkan momentum REIT serta sektor pengangkutan dan logistik yang lebih baik pada minggu lepas diunjur dapat memacu belian berterusan minggu ini dengan REIT disokong oleh kadar dasar semalaman (OPR) yang stabil pada ketika ini.

“Dalam pada itu, pemangkin dagangan lain seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura serta pelaburan di wilayah Johor akan mendorong sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan bahan binaan,” katanya.

Saham wajaran tinggi termasuk CIMB dan CelcomDigi masing-masing menambah dua sen kepada RM6.25 dan RM4.23, IHH Healthcare naik lima sen kepada RM6.15, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.78, Maybank turun dua sen kepada RM9.32 dan Public Bank susut satu sen kepada RM4.42.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Handal Energy naik setengah sen masing-masing kepada 5.0 sen dan 9.5 sen, KJTS menambah tujuh sen kepada 54.5 sen, TWL Holdings dan Bina Puri tidak berubah pada 4.0 sen dan 7.0 sen dan MAG Holdings turun setengah sen kepada 19.5 sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas 7.60 naik 7.60 mata pada 11,256.33, Indeks FBMT 100 menokok 7.63 mata kepada 10,923.65, Indeks FBM 70 meningkat 9.91 mata kepada 15,156.11, Indeks FBM Emas Shariah meraih 5.66 mata kepada 11,274.49 dan Indeks FBM ACE menambah 13.81 mata kepada 4,712.02.

Bagi sektor, Indeks Hartanah turun 0.94 mata kepada 909.91, Indeks Perladangan berkurangan 6.63 mata kepada 7,162.58 dan Indeks Tenaga susut 2.99 mata kepada 877.97. 

Selain itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.75 mata kepada 16,999.18 manakala Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.36 mata kepada 172.23.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysia
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In